Saturday, December 19, 2009

Puyan boh (musim banjir)


Tatkala tibanya penghujung tahun, umumnya sudah mengetahui yang negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia akan dilanda musim banjir.. ia juga penanda peralihan monsun Timur Laut..musim banjir pun ada peringkat-peringkat jugak tau.. kalau tak silap wani, ada peringkat jingga, merah dan sebagainya. Itu untuk menentukan paras air yang naik.. kalau wani salah, sila betulkan ye.. hehe. Sejak kecil sampai lah umur macam ni, tiap2 tahun memang takkan terlepas dari musim banjir. Bezanya adalah paras air yang naik.. tahun ini sahaja musim banjir, negeri wani dilanda banjir 3 kali..ada 3 kali gelombang.. waktu hari raya Qurban hari tu, ada jugak yang beraya dalam banjir.. mereka jugak tak dapat buat ibadat Qurban sebab haiwan ternakan seperti lembu dan kambing dihanyutkan air..memang kedengaran agak lucukan. Tapi, itulah kuasa TUHAN.. tak ada siapa yang dapat menyangka dan menghalang....

Alhamdulillah, untuk tahun ini kampung wani tak lah seteruk tempat lain yang dilanda banjir. Banjir kali ini tak teruk sangat tak seperti tahun 2004 yang lepas. Kalau tak silap, tahun 2004 adalah banjir paling besar yang melanda kelantan sebab banyak kawasan yang dilitupi oleh air.. bukan setakat kawasan yang rendah sahaja, malah Bandar Kota Bharu juga dinaiki air.. setahu wani, itu memang banjir terbesar yang berlaku setelah hampir 20 tahun banjir besar sebelum itu.. pada tahun tersebut juga, kami menggunakan perahu di atas jalan raya sebagai pengangkutan.. kereta dan motorsikal diletakkan ditempat yang tinggi. Dan seperti yang sedia maklum, sekolah menjadi tempat pemindahan bagi mangsa banjir.. tapi, wani alhamdulillah masa tu tak payah pergi ke tempat pemindahan sebab rumah atas bukit. Jadi terselamat lah dari banjir.. heeheh.. kalau tak silap wani paras air kat atas jalan raya sampai la paras pinggang orang dewasa.. tinggi jugak tu.. kalau nak mandi, kena hati-hati sebab air tu dalam dan arus kuat .. rumah yang dekat kawasan rendah ada yang ditenggelami air sehingga menutupi paras bumbung.. ooh. Ada satu cerita kelakar.. ada sedara wani ni, dia keje baiki television. Jadi banyak la tv kat umah dia.. kebetulan pulak, air waktu ni naik dengan cepat dan mendadak..kami pun tak jangka dan tak buat sebarang persiapan pun sebab ingatkan banjir biasa je.. tapi, bila air naik mendadak ada beberapa barang yang dia tak sempat nak selamatkan termasuklah tv tadi.. rumah dia pulak ada kat bawah bukit dan dekat pulak tu dengan sungai..air yang naik pulak sampai ke paras bumbung rumah dia.. bila air dah surut, kami pun kemas la rumah dia.. tengok2 ada tv yang terlekat kat bumbung rumah..tapi, lepas tu dapat la buang tv tu..hhhaha..

Ada satu kisah disebalik banjir pada tahun 2004 ni.. sebenarnya wani terpilih ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk panggilan yang pertama. Kiranya kumpulan yang pertama la untuk tahun tersebut.. sebab PLKN ada 3 kumpulan bagi setiap sessi.. disebabkan banjir jugak lah wani punya tarikh pendaftaran dilewatkan seminggu sebab kem PLKN tu tenggelam banjir.. ala, tak jauh pun kem tu. Kat negeri kelantan jugak..huhuhu.. masa tu perasaan bercampur baur.. gembira sebab banjir dan boleh main + risau sebab tak gi daftar PLKN.. yelah, wani ni budak skema jugak la time tu. Takut kot kena denda ke apa ke.. risau jugak.. tapi, bila tengok berita semua kem penempatan yang terlibat banjir ditunda seminggu, apa lagi.. bukan main seronok la.. tak yah nak gi daftar awal2.. lagipun masa tu, takut nak gi sana.. sebab orang dok cakap yang bila gi PLKN kena denda la, buli la, tak best la, teruk la dan macam2 lagi la.. kecut perut jugak tuh. Tapi, bila gi sana.. lain pulak pengalaman yang dapat.. best sgt.. tak seperti yang dikatakan orang..hehe..

Lepas musim banjir, tak lama lepas tu negara dikejutkan jugak dengan kejadian tsunami.. kami dekat kem memang tak tahu apa2 sebab jarang sangat gi tonton tv.. tapi, bila baca paper, terkejut sgt.. teruk kerosakan yang jadi.. hurm..

Musim banjir ni umpama pesta air bagi rakyat di negeri pantai timur.. sebab boleh main air puas2.. waktu macam ni jugaklah banyakkan kes lemas yang terjadi..jadi, ibu bapa kena pantau anak-anak dengan lebih ketat...sebab kanak-kanak memang pantang nampak air..mesti nak mandi. Sama lah wani pun waktu kecik-kecik dulu.. sekarang ni pun sama jugak..hehe.. waktu banjir besar tu jugak tak kira tua atau muda hatta kanak-kanak semuanya main air.. kadang-kadang sampai tak mau naik.. mandi pun dengan air banjir.. memang kelakar..

musim banjir ni jugak menjadi punca rezeki bagi sesetengah orang sebab waktu macam inilah orang suka makan ikan sungai.. sebab kebanyakan orang akan menahan jaring atau pukat.. jadi, bila ada ikan, ia akan tersangkut dalam pukat tersebut.. wani pun pernah ikut atuk pergi menahan jaring.. memang best. Naik perahu, boleh kayuh.. kalau tak ada pengayuh, guna tangan.. memang seronok dapat main air..hehe. tambah seronok bila angkat jaring, ada ikan yang tersangkut di jaring.. bila kumpul2, dapat jugak la satu plastik besar.. boleh makan sampai 3 hari.. mana tak seronok, tengok jaring 2 kali sehari. Bila tiap kali pergi tengok, ada ikan yang melekat kat jaring...haha. fuh, ikan sungai memang sedap.. macam2 jenis.. wani pun kadang2 tak berapa kenal sangat..hehe. banyak jenis.. contohnya ikan keli, ikan puyu, ikan sepat, ikan semilang dan banyak lagi la.. tak ingat sangat. Tau makan je..hehe.

musim banjir jugak la waktu yang paling best makan ubi kayu. Waktu sejuk2, berbungkus dengan kain selimut..nak keluar rumah tak leh. Kalau keluar, demam pulak kena hujan..hehe.. jadi, apa lagi..makan tido je la kerjanya..haha. ubi kayu ni pulak kita rebus dan cicah dengan kelapa. Ada jugak kita buat sira ubi kayu.. cuba bayangkan ye..keadaan sejuk, ada ubi kayu pastu tambah pulak dengan air teh atau kopi panas.. syok habis.. :D

musim banjir ni jugak banyak sangat lintah.. macam2 jenis ada..jadi, pada sesiapa yang nak buat bisnes lintah, silalah datang waktu musim ni.. boleh pilih nak yang mana.. nak kecik, besar.. datuk lintah, nenek lintah, ayah lintah, anak lintah..semua ada...hahah. :D

sekian sahaja tentang banjir..hehe. tapi, wani takde gambar tentang banjir tahun 2004.. kalau nak tengok. Rujuk la arkib surat khabar.. rasanya mereka ada simpan..heheh

2 comments:

fiNwan4eva said...

haha... terkenang kembali zaman kita kt plkn dulu... first time daiy sampai kt kem memang teruk sngt.. dgn dorm berlumpur.. dan kita ramai2 begotng royong membersihkan kem dan juga dorm.. ingat x lagi...???

Pearl Akasia said...

mestilah ingat..
takleh lupa.. bukan itu je, hampir semua kawasan kem ada lumpur..siap main lumpur lagi kan3? hahah. bestnye