Friday, June 19, 2009

Berakhirnya..

Berakhir sudah intersesi untuk semester ini. Hai, tanpa disedari sugguh cepat masa berlalu.. tak sangka pejam celik dah nak final exam.. alamak!! wani belum bersedia lagi untuk menghadapi final exam ni..haha.. namun, wani terpaksa hadapi jua untuk masa depan kelak.. haahhah..sebenarnya intersesi tak la teruk seperti yang disangka, tapi best pulak rasanya... itu komen jujur dari wani.. heheehhe...

Intersesi semester ini, wani amik dua subjek iaitu HRD and HRU..Masih terbayang-bayang lagi waktu first day masuk kelas HRD.. masa itu, mana la kenal sangat semua orang.. dalam kelas itu, semua kursus ada.. ada yang amik BOSM (Office System), CS (Customer Service) and Event Management.. bila tiba part ice breaking, semua orang kelam kabut.. Pn. Rafidah suruh kami cari teman-teman yang ada characteristic yang telah dia senaraikan.. kecoh satu kelas, tapi best jugak.. bila dia buat macam tu, kita akan lebih kenal dan ingat kawan kita.. saya masih lagi ingat tentang aisyah.. teman sekelas saya.. nak tau tak? hanya dia seorang je yang mempunyai tarikh lahir pada 2 Disember.. bila saya terserempak dengannya, saya akan memanggilnya dengan nama 2 Disember...hahahha..

masih terbayang-bayang lagi keseronokan kami semua melawat ke Zoo Negara.. sungguh riang dan menyeronokkan sebab kami semua tak ubah seperti kanak-kanak riang... hahahha. Masing-masing dengan keletah dan gaya tersendiri.. suka sangat bergambar..tak kira tempat.. lagi menyeronokkan bila kebanyakan budak kelas perangai gila-gila dan boleh jadi satu kepala.. hahhaha..ooppss... jangan salah faham pulak kenapa kami melawat ke Zoo Negara.. sebenarnya itu semua sebahagian dari tugasan yang harus kami jalankan untuk memenuhi tuntutan subjek HRD tentang training yang dijalankan oleh mereka.. aktiviti sampingan, melawat kawasan Zoo Negara..kedengaran agak lucukan bila buat lawatan ke Zoo Negara?? Hahahha.. Sebelum itu, masing-masing memasang angan-angan dan impian untuk melawat ke Media Prima.. namun, apakan daya.. kami kurang bernasib baik sebab budak2 sekolah terlebih dahulu menghantar surat permohonan ke sana...hahaha...



Semuanya memberikan pose yang terbaik....hahhah.. smile...



Macam-macam pose yang diberikan.. katanya ada ala2 Miss J, Tyra Banks.. macam2 lagi lah..




Wajah-wajah riang... semangat untuk explore Zoo Negara..


Sweetnya time ni..hhahahha



Dalam tram (kenderaan seperti bas, tp lebih kecik) pun sempat lagi, pose..haha.. nak gi jalan2 tengok haiwan..


Ini dia tram..yang putih tu, kami punya.. hehehehe


No comments: