- Wanita sukar untuk mencari perkara yang dibencinya terhadap seseorang yang sangat disayanginya. (sebab itulah ramai wanita yang patah hati bila hubungannya terputus di tengah jalan).
- sekiranya seseorang wanita jatuh cinta dengan seseorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
- wanita memang sukakan pujian tetapi selalunya mereka tidak tahu bagaimana untuk menghargai sesuatu pujian. [entah betul ke tidak, tak tau lah. tepuk dada tanya diri..]
- bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
- wantia suka meluahkan apa yang mereka rasa. muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
- jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna. [sangat sensitif...rasanya lelaki pun sama juga kot.]
- jika seseorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajaknya keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat denganmu.
- jika kamu menyukai sesorang wanita, cubalah memulakan dengan persahabatan. kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam kerana dari situlah bermulanya satu kepercayaan.
- sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. jadi jangan senyum sebarangan..
- bila lelaki yang disukainya atau dicintainya merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cari seperti coklat.. [tak tau betul ke tak..hahhaha]
Wednesday, August 5, 2009
Tentang wanita...
Hati saya tiba-tiba tertarik dengan satu artikel yang telah disiarkan di dalam majalah Remaja keluaran 1 Ogos 2009. kenapa? sebab ada sesuatu yang menarik tentang wanita yang boleh kita renungkan akan kebenaran kata-kata ini.. (^_^)...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment