Wednesday, September 2, 2009

Salah siapa...


Pada hari sabtu yang lepas, wani pergi UM teman uda buat dia punya overtime..sewaktu dalam perjalanan pulang, tiba-tiba mata wani tertarik pada satu papan iklan yang besar..oleh kerana papan itu besar, jadi dari jauh kita sudah boleh membaca apa yang ingin disampaikan.. di papan tanda tersebut tertulis.. "Jin Notti.. akan menjelma di pawagam 20 September 2009.." filem Jin Notti tersebut dilakonkan oleh mawi dan farah fauzana.. masa tu jugak terlintas di fikiran saya tentang tarikh 20 september tu.. itu bukan ke tarikh kita semua umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri?..

kenapa la dalam banyak2 tarikh, mesti pilih tarikh tersebut? ceh..tetiba jadi emo dan marah2.. tiba2 juga teringat tentang satu artikel yang pernah dibaca.. kenapa budaya kunjung mengunjung semakin berkurangan sekarang.. pada pendapat saya.. media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik golongan muda dan masyarakat malaysia masa kini.. wani berkata-kata dalam hati..macam mana la budaya kunjung mengunjung semakin pupus pada hari raya sedangkan pada masa tersebut la kita semua berlumba-lumba untuk balik ke kampung.. semua sanak saudara berkumpul di satu tempat yang sama..di mana silapnye?

ya... salah satu sebab, wani sudah nyatakan di atas..kenapa pilih hari itu untuk ditayangkan filem tersebut? wani pun minat juga dengan mawi dan fara fauzana walaupun tak fanatik sgt.. tapi, wani sedikit kecewa..kenapa stesen tv berlumba-lumba untuk menyiarkan pelbagai drama, telemovie dan filem yang menarik dan best.. itu membuatkan orang makin sayang utk meninggalkan tv.. sebabnya kenapa? takut ketinggalan apa yang telah disiarkan di kaca tv.. (benda ni pun berlaku pada diri wani sendiri)..heheh..namun, rasa kecewa tu tetap ada.. contoh terdekat la.. diri wani sendiri.. kalau sedara mak yang jarang jumpa.. tak ingat nama dia.. ingat pun muka je.. bila jumpa kat mana2 tempat.. balik umah mesti cakap ngan abah or mak.. "mak, tadi angah jumpa orang tu.. ala.. dia pernah datang rumah kita.. tapi tak ingat la nama dia.. ingat muka je.." disaat itu jugalah wani menerima ratusan peluru AK-47 dari mak.. nape tak ingat la.. apa la.. itulah.. bahaya sungguh kesan media massa pada kami golongan remaja.. untung juga wani dilahirkan sebagai budak kampung.. at least, ada juga tempat untuk wani pergi beraya.. kalau kat bandar, nak pergi beraya umah siapa? lagipun semua orang dah balik kampung.. mane ada orang.. harapnya pihak media massa dan stesen tv lebih teratur dalam penyusunan tayangan... supaya masyarakat masa kini tahu apa makna aidilfitri.. aidilfitri bukan sahaja untuk merayakan kita habis berpuasa sebulan.. tapi untuk kita nilai sendiri makna disebalik aidilftri (*_*)

1 comment:

fiNwan4eva said...

hehe.. pembetulan2 bukan semua ug beraya di bandar mcm tu.. mcm daiy memang boleh dikatakan setiap thn beraya di bandar.. tapi disbbkan daiy ada ramai sedara mara yg beraya di bandar jadi masaalah yg nak menonton tv tu x dak la sngt hehe... sbb kitorang memang selalu berkumpul ramai2 n lepastu akan buat rombongn gi beraya umah uncles n aunties.. meriah hehe
tapi untuk mereka yg xdak sapa2 kt bandar memang dorang akan mengadap tv tu 24 hr.. x leh nak salah kan mereka sbb memang rancangan2 hari raya semua nye best2 betol x?? nii semua slah pihak yg menyiarkan heehe