Sunday, October 18, 2009

kursus kawen..

weekend ni jadual terisi dan penuh dengan aktiviti.. 17 & 18 October ada kursus kahwin.. wani join la ngan member2.. sajer nak dapatkn sijil kahwin dulu walaupun bukan utk kahwin dalam masa terdekat ni..lagipun sijil kahwin takde expired date. so, boleh kita simpan utk jangka masa yang panjang.kiranya nak kahwin nanti, tak yah gi kursus lagi dah.sebab dah amik walaupun takde pasangan pun lagi..ehhe. banyak jugak la ilmu pengetahuan yang ditimba dari ustaz2 yang berpengalaman.. banyak ilmu yang mereka perturunkan.. rupanya bukan senang nak kahwin ni..

banyk benda yang harus kita fikirkan. masing2 kena bersedia untuk pikul tanggung jawab dan amanah yang diberikan.. lepas pergi kursus ni barulah bertambah sikit ilmu tentang rumah tangga.. susah juga kalau suami dan isteri yang berkahwin takde ilmu rumah tangga.. silap2 haribulan, kahwin tak sampai setahun.. bercerai..nauzubillah... tak nak la macam tu.. membina masjid tu perkara yang baik.. kenapa kita pula nak robohkan setelah kita bina?? tapi itulah yg terjadi jika kita takde ilmu rumah tangga..

pengisian utk ceramah majis ni memang best.. banyak benda yang tak tau jadi tau.. lagipun, ustaz yang bagi ceramah pun dah terangkan dengan panjang lebar sewaktu ceramah..jadi terbuka la sikt mata tentang erti perkahwinan..hehehhe.. tapi, sakit perut manjang waktu join kursus kahwin ni..yelah, ustaz asyik buat lawak sehinggakan kita tak kering gusi gelak dengan lawak jenaka.. lagipun cara penyampaian mereka santai dan jelas utk kita fahami.. harapnya dapat praktikkan segala yang ustaz ajarkan bila dah kahwin nanti..hehe.. tetiba rasa macam teruja pulak nak kahwin..hehe. tunggulah..nanti mesti datang masa yg sesuai..hehhe. tetiba gatal pulak..

pada mereka yang tak pergi lagi kursus kahwin, pergi la.. walaupun datang sorang diri.. sekurang2nya kita ada ilmu sedikit dan bersedia untuk kahwin..sebab menurut kata ustaz, rugi kalau kahwin lewat..hehehe..


1 comment:

fiNwan4eva said...

lepas baca daiy pon terasa nak kawin hehe...
oh mama saya mau kawen..
kawen dengan sapa..
dengan sapa saja hehe..