Monday, December 28, 2009

pertunangan..

alhamdulillah...

Diam tak diam, kita dah sampai ke penghujung tahun 2009.. tahun yang penuh ngan pelbagai memori... azam tahun lepas macam mana? dah tercapai ke semua?
wani masih ada lagi kot yang tak tercapai..tak tau la bila pulak akan tercapai..takpelah..nanti tahun baru, buat yang lain..yang lebih realistik.. hahaha.

penghujung tahun ni ada peristiwa manis yang berlaku dlam hidup wani.. pada tanggal 19hb Disember yang lepas, kawan baik wani selamat menjadi tunangan orang dan dalam masa yg sama memegang status yang baru..iaitu TUNANG kepada muhd syahreen.. alhamdulillah, tercapai impiannye untuk bersama orang yg tersayang.. di doakan mereka akan kekal bahagia hingga ke akhirnya.. kata orang, alam pertunangan ini banyak cabarannya, hati kena kuat..kalau tak, kita mudah hanyut.. wani percaya mereka berdua sudah cukup dewasa utk melalui hari2 yg penuh mencabar di masa hadapan.. hadapinya bersama-sama ok!!..

tapi kan, peliknya kenapa wani pulak yang rasa penuh debaran tatkala pihak lelaki dan perempuan berbincang mengenai pertunangan mereka sedangkan bukan wani yang akan mengikat tali pertunangan tersebut.. hurm.. takpelah..mungkin itu jugak yang dirasakan oleh zue di saat-saat yang genting tersebut.. penatnya nak buat majlis seperti itu.. wani sebagai tetamu pun dapat rasakan, betapa banyak benda penting yang perlu diuruskan agar perjalanan majlis berjalan dengan rapi..alhamdulillah..segalanya berjalan dengan baik...

syukur jugak sebab wani, fia, umi dan wani perak dapat menghadirkan diri ke sana..namun, majlis kurang meriah tanpa kehadiran wan, yani dan yang lain2.. tak mengapalah.. mereka perlu menjalankan urusan lain yang tak kurang pentingnye.. penat jugak naik bas dari kelantan utk ke jengka..ada la dalam 8 jam lebih..seharian perjalanan..sama jugak umi dan wani perak..namun, atas sebab tali persahabatan yang kuat, akhirnya ia membawa kami ke sana..amin, semoga ianya akan kekal utuh hingga ke akhirnya..

sewaktu menunggu ketibaan rombongan lelaki, wani bersembang kosong dengan cikgu linda.. (kenalan rapat zue dan kami jugak).. beliau ternyata terkejut kerana kami berada disitu sambil mengatakan.. "kamu semua memang rapat kan. tak pernah berpisah.. zue tunang pun kamu semua datang kan.. kamu sentiasa bersama-sama.. baguslah..", katanya sambil tersenyum.. saya lantas menjawab, alhamdulillah.. ikatan kami kuat cikgu.. beliau mengatakan, kenapa kamu semua tak bertunang sekali? kenapa zue dulu? kamu semua bila lagi?.. wani lantas menjawab sambil tersenyum.. ini soal jodoh cikgu..kita tak boleh nak rancang.. jodoh sampai awal, kami semua belum lagi..takpelah.. lain kali, majlis kami pulak.. cikgu jangan lupa datang ye..

ada benarnya kata cikgu linda.. tapi, semua itu kerja TUHAN.. DIA yang lebih mengetahui segalanya.. terima sajalah dengan hati yang terbuka.. mane tau, esok lusa kami pula akan bergelar seperti zue dan syahreen..;D

kepada zue: sentiasa bersabar dalam menghadapi cabaran di alam pertunangan..wani tau kamu boleh hadapinya dengan tenang. ingat, sentiasa berfikiran tenang dan matang dalam membuat keputusan.. saya yakin, kamu sudah bersedia untuk semua ini.. jaga syahreen juga ye..

kepada syahreen: jagalah zue baik2 kerana tatkala kamu menyakiti hatinya, sama juga seperti kamu menyakiti hati kami semua.. sentiasa bersabar dalam menghadapi cabaran dan tidak bertindak melulu k..

saya syangkan kamu berdua... tahniah my dear..


amik berkat zue.. :D

tahniah..

4 comments:

zuezul said...

thanks a lot dearie..
really miss u guys..
and dis frendship dat we created are forever and ever..we grown together,live together,cherish each others...luv u all..

sayang korang ketat2..~~

Pearl Akasia said...

takpe.. next time kami punya turn pulak.. kita buat benda yang sama selagi hayat kita ada...
i luv this friendship..

Anonymous said...

thanks asin..
-shx rainz-

Safiah Ibrahim said...

tunang..
bila time kita..