Monday, September 14, 2009

suka ria part II

hari ahad last week pergi jalan TAR sebagai salah satu xtvt utk melengkapkan lagi adegan suka ria kami..hehe.. bila dah sampai sana.. mak oih, memang terkejut gila. nape ramai sgt orang ni?? peningnya.. nak jalan pun susah.. nak pilih baju pun susah.. aiyak.. tengok jam baru je pukul 10 pagi.. nape ramai sgt orang ni?.. omel dlm hati sorang2..haha. agaknya semua orang nak shopping raya kot.. itu yang buatkan suasana kat situ meriah dan sesak ngan orang..

pilih, round2.. tapi itu semua kat sebelah luar je.. tak masuk yang kat bahagian dalam antara kedai2 kat situ.. nak cari selendang, tapi xjumpa yang berkenan di hati..tengok je uda pilih barang2 dia.. semua barang cantik2..macam nak gila pilih barang2 kat situ.. cuma,bila fikirkan bajet yang tak mencukupi.. sabar je lah.. tahan je diri..haha.. tapi, serius.. balik tu penat gila..tak de tenaga pun..haha..tp syok la boleh gi jalan2..

Sunday, September 13, 2009

suka ria..


diam tak diam tak lama je lagi bulan ramadhan akan pergi meninggalkan kita dan bulan syawal bakal menjelang tiba.. bergembiralah pada siapa yg dapat mengerjakan bulan ramadhan dengan sempurna.. sekurang2nye.. dapat juga kita berbuat amal kebaikan yang berlipat ganda pada bulan ini.. kalau dulu, nak gi semayang kat masjid pun liat.. tapi skarang ni, bila bulan datangnya bulan ramadhan..kita semua berlumba2 utk kesana bagi menunaikan solat terawih.. alhamdulillah.. kita diberi kelapangan masa utk menunaikan semua tanggung jawab tersebut..

last weekend, wani balik shah alam.. bulan ramadhan dah nak abes, baru berpeluang berbuka puasa dengan along.. lagi meriah bila dapt keluar sama2 dan menghabiskan sisa-sisa malam dengan berkongsi apa saja cerita terkini.. rumah uda juga meriah dengan gelak tawa kami bertiga.. wani, uda dan along berpeluang berbuka puasa di Pizza Hut sacc mall.. dah lama merancang, akhirnya kami berpeluang juga ke sana.. yeeha.. seronok tak terkata.. pada waktu siangnya wani berusaha sedaya upaya menghabiskan kerja yang ada kerna hari isnin sudah pun sampai due date nya..alhamdulillah..

kami ke sacc mall selepas waktu berbuka puasa sebab tak nak rush utk solat maghrib.. kiranya boleh la makan puasa2 nanti.. bila dah sampai ke sacc mall, dengan langkah yang penuh bergaya menuju ke meja.. tetiba di sapa oleh seorang waiter kat situ.. "minta maaf kak.. sekarang ni semua meja sudah penuh. semua dah pun di reserved oleh orang lain. kalau akak nak, kena book dulu la kak.. ".. terkejut dan heran bagaimana dia boleh panggil akak sedangkan aku ni kelihatannya lebih muda dari waiter tersebut.. takpelah..layan je.. kang, lain citer pulak.. lepas tu keluar sekejap, fikir macam mana.. semua dah meja dah full. macam mana nak makan pizza ni? erm.. selepas lama berfikir, then aku masuk balik.. "abang, agak2nya pukul berapa baru ada meja kosong ye? kalau saya nak book macam mana?" penuh sopan aku bertanya sambil tersenyum.."erm.. akak bagi nama, no fon dan berapa orang nak makan kat sini.. pukul 8.35 nanti, kami call akak kalau ada kosong.." okey, terima kasih.. tengok jam kat tangan baru je pukul 8 malam.. mak aih.. lama lagi nk kena tunggu ni.. aduhai.. takpelah..

kat ruang legar di sacc mall kedengaran riuh rendah.. ingatkan kenapa.. untuk menghilangkan kebosanan, pergi la menjenguk sekejap.. uda dan along tak sampai lagi.. on da way lagi.. kiranya wani la ditugaskan utk menchopkan tempat kat pizza hut dulu..haha.. tengah berjalan tu, ada satu suara merdu menusuk telinga.. suara orang tengah menyanyi.. makin kuat rasa ingin tahu apa yang sedang berlaku.. bila je sampai kat ruang legar tu.. tetiba terpaku.. rasa macam tak percaya dengan apa yang ada didepan mata.. oooh.. IMRAN AJMAIN rupanya..patutla suara merdu je.. hahha.. melekat la kat situ sambil pegang kamera. ape tunggu lagi.. 1,2,3.. klik..klik... snap la gambar dia..tak ketinggalan jugak, amik video dia tengah nyanyi.. terpukau sekejap..hahha. tak lama uda dan along sampai.. pastu terangkan kat dorang sal pizza hut tadi.. terus heret tangan dorang tengok show imran kat stage.. wani yang ditugaskan utk merakamkn show tersebut..yelah, camera ada dengan wani..hahaha.. sori la.. tak dapt nak upload video tersebut..hehe..take a look ye..


pastu kami gi makan.. makan dengan gembira..hahha.. banyak jugak la makan.. tapi yang pasti, ceria dan best sgt..hehee..dah siap makan, ape lagi.. balik la umah.. pukul berapa nak duduk kat situ. orang pizza hut tu pun nak balik umah jugak..ngantuk..nak tido..haha

waktu tengah tunggu uda amik tu...sempat la lepak jap depan plaza perangsang.. mak aih.. ramainya orang.. keta pun bersesak dan susah payah nak cari parking.. ingatkan makin malam, makin orang takde..sebab dah balik umah masing2 kan.. tapi, apa yang berlaku disebaliknya pulak.. sedangkan masa tu dah pukul 10.30 lebih.. masih lagi happening suasana kat situ.. then, teringat kat negeri sendiri.. masa ni memang takde orang dah..kedai pun dah tutup.. suasana pun dah sunyi sepi.. tapi, kat sini lain pulak..haha.. kebetulan malam tersebut malam minggu, jadi ramai la orang keluar cari barang2 persiapan utk hari raya yang bakal menjelang tiba nanti.. suasana riuh dari penjual2 dan alunan lagu raya menghangatkan lagi suasana malam tu.. heheh.. itulah yang terjadi pada bandar2 besar.. siang atau malam sama je.. tak kisah pun.. kalau kat kelantan.. tak ada orang kot nak datang beli bila dah pukul 10 lebih.. memang dah tutup melainkan kedai kat wakaf che yeh yang sememangnya beroperasi pada waktu malam.. heeeheh

sebelum..

sesudahnye..hahah


Imran Ajmain

Uda dan Along.. tak sabar nak tunggu mkanan smpai

Makan dengan penuh bermakna..



Thursday, September 10, 2009

090909..

cantik bukan dengan tarikh kat atas tu..sekali dlm seumur hidup.. lepas ni takkan berulang lagi dah.. huhu.. ada cerita disebalik tarikh tu.. sedih + hepi sket..huhu..

ok.. bermulanya sebuah cerita.. di pagi hari dalam kelas.. dpat satu berita yang agak mengejutkan. how come it become like that?? huh..so bad... unexpected result utk kuiz 1 BPR..dan sebab benda tu jugak, wani rasa tak berapa hepi sgt for the whole day.. hari ni jugak la time table full gila.. byk benda nak kena buat dlm hari tu.. rasa cam tak de tenaga.. nasib baik ada kopi goji.. (Promote kopi ustaz..haha) tambah tenaga sket..hahah. jadual utk hari tu.. kelas BPR di pagi hari.. then, sambung ngan CTU lak.. ada presentation dari kwn2.. rasa terhibur sket coz dorang memang kreatif sewaktu mempersembahkan hasil karya dorang..rest jap.. sambung kelas Quality.. then, saat genting skali lagi.. test performance.. kul 4.. fuh, time cam tu kena perah otak.. soklan pun mencabar.. rasa mcm terkedu bila dpt soalan.. mak oi.. susah.. huhu.. takpe.. jawab je..janji ada jawapan.. better dari tinggal kosong je soalan tuh..haha.. then, rushing nak gi berbuka puasa lak.. buka posa utk satu kelas..adoyai.. berkejaran gila.. tapi.. ada satu peristiwa yang melucukan.. wani tumpang keta classmate utk gi berbuka puasa..fulamak!! memang rempit la bwk keta.. kalu orang lain rempit ngan moto.. tapi kami rempit ngan keta.. rasa mcam nak tercabut jantung.. selagi tak sampai ke tempat yang dituju, selagi tu rasa mcam tak selamat je..haha. tapi, dalam ketakutan tu..sempat lagi cakap ngan dia.. "nurul, bawak pelan2 sket.. kami tak kawen lagi ni.. kang tak sempat kawen lak".. hahha..

kami pun makan la kat satu kedai ni. kat saujana utama.. sampai tu makanan semua dah ready. sebab dah ditempah awal2.. tapi, tak berapa menepati cita rasa atau dlam kata yang lain.. tak berapa sedap..ehehe.. takpelah..janji dapat gak makan dari takde makanan langsung..syukur alhamdulillah..hehe..balik kolej, rush pulak nak gi buat discussion utk subjek change.. kena buat cepat2 sebab lepas tu research pulak sedang menanti..dah settle, buat la research.. tapi, group member masing2 dah penat.. muka masing2 pun seposen je..gagahkan diri jugak nak siapkan keje tuh.. bila dah settle, terus tido dan pengsan sampai ke pagi..hahah..


sgt suka bila dpt tido..

Thursday, September 3, 2009

Frustrated..


adakah anda pernah mengalami perasaan ini? wani slalu je.. nak2 bila dah buat keje, tapi ada lagi kurang kat mane2 part.. sama la mcam semalam.. argh3x.. ingatkan dah ok, tapi ada lagi kurangnye.. bila dah siap dan dah beres pun ngan presentation.. baru la idea tu membuak2 datang nak letak itu..nak tambah ini.. sebelum tu takde pun..huhu. lagi la sakit bila itu adalah group punya projek.. markahnya effect kat semua orang..tapi, amik buat semula pun tak leh dah.. so, pujuk je lah hati.. sabar2x.. mungkin semua ini ada hikmahnya.. lain kali beringat.. plan betul2 supaya semua benda menjadi.. usaha gigih sajer pun tak cukup kalau takde perancangan yang sepatutnya.. i felt useless at that moment.. sorry geng.. itu je mampu diluahkan..

kad raya

semalam baru je siap basuh baju dan dalam keadaan basah tu.. tetiba dengar orang ketuk pintu umah.. hai, macam nak pecah pintu ketuknya.. sangat kuat ye..hahha. bila gi bukak, rupa-rupanya Farah yang ketuk. datang dengan pakai baju tido.. dah bersedia untuk tido agaknya.. maklumlah dah pukul 10 lebih masa tu.. agaknya nak tido awal kot.. biji mata rasa berpinar2 pada satu sampul putih yang dihulur oleh beliau..teka ape dia? jeng3x.. kad raya..hehe.. yeay!! sgt excited bila tengok benda tu.. itu kad raya pertama tahun ni.. walaupun benda tu mcam ala2 tradisional, tapi terharu bila dapat.. hepi semacam..hehe

agak2 tahun ni dapat ke tak kad raya.. yelah, sekarang ni mana ada orang nak hantar kad raya dah.. orang sekarng lebih suka pilih cara teknologi..jimat, mudah, senang dan cepat.. tak yah nak susahkan posmen gi cari alamat umah si penerima..hehe... tapi, bagi wani.. lebih suka cara tradisional.. lebih mengharukan..hehe. tahun lepas dapat 5 keping je.. agaknya lagi sket kot.. sebabnya ekonomi meleset..haha... kawan2 pun antar ucap selamat hari raya pakai sms je.. hahah..


kad raya digital by kartunis ubi..
nak tengok lebih lanjut? sila la jenguk ke laman web ini. confirm.. puas hati
http://kadraya.kartunisubi.com/index.php?ref=abooain

Wednesday, September 2, 2009

Salah siapa...


Pada hari sabtu yang lepas, wani pergi UM teman uda buat dia punya overtime..sewaktu dalam perjalanan pulang, tiba-tiba mata wani tertarik pada satu papan iklan yang besar..oleh kerana papan itu besar, jadi dari jauh kita sudah boleh membaca apa yang ingin disampaikan.. di papan tanda tersebut tertulis.. "Jin Notti.. akan menjelma di pawagam 20 September 2009.." filem Jin Notti tersebut dilakonkan oleh mawi dan farah fauzana.. masa tu jugak terlintas di fikiran saya tentang tarikh 20 september tu.. itu bukan ke tarikh kita semua umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri?..

kenapa la dalam banyak2 tarikh, mesti pilih tarikh tersebut? ceh..tetiba jadi emo dan marah2.. tiba2 juga teringat tentang satu artikel yang pernah dibaca.. kenapa budaya kunjung mengunjung semakin berkurangan sekarang.. pada pendapat saya.. media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik golongan muda dan masyarakat malaysia masa kini.. wani berkata-kata dalam hati..macam mana la budaya kunjung mengunjung semakin pupus pada hari raya sedangkan pada masa tersebut la kita semua berlumba-lumba untuk balik ke kampung.. semua sanak saudara berkumpul di satu tempat yang sama..di mana silapnye?

ya... salah satu sebab, wani sudah nyatakan di atas..kenapa pilih hari itu untuk ditayangkan filem tersebut? wani pun minat juga dengan mawi dan fara fauzana walaupun tak fanatik sgt.. tapi, wani sedikit kecewa..kenapa stesen tv berlumba-lumba untuk menyiarkan pelbagai drama, telemovie dan filem yang menarik dan best.. itu membuatkan orang makin sayang utk meninggalkan tv.. sebabnya kenapa? takut ketinggalan apa yang telah disiarkan di kaca tv.. (benda ni pun berlaku pada diri wani sendiri)..heheh..namun, rasa kecewa tu tetap ada.. contoh terdekat la.. diri wani sendiri.. kalau sedara mak yang jarang jumpa.. tak ingat nama dia.. ingat pun muka je.. bila jumpa kat mana2 tempat.. balik umah mesti cakap ngan abah or mak.. "mak, tadi angah jumpa orang tu.. ala.. dia pernah datang rumah kita.. tapi tak ingat la nama dia.. ingat muka je.." disaat itu jugalah wani menerima ratusan peluru AK-47 dari mak.. nape tak ingat la.. apa la.. itulah.. bahaya sungguh kesan media massa pada kami golongan remaja.. untung juga wani dilahirkan sebagai budak kampung.. at least, ada juga tempat untuk wani pergi beraya.. kalau kat bandar, nak pergi beraya umah siapa? lagipun semua orang dah balik kampung.. mane ada orang.. harapnya pihak media massa dan stesen tv lebih teratur dalam penyusunan tayangan... supaya masyarakat masa kini tahu apa makna aidilfitri.. aidilfitri bukan sahaja untuk merayakan kita habis berpuasa sebulan.. tapi untuk kita nilai sendiri makna disebalik aidilftri (*_*)