Sunday, June 28, 2009

balik kg part 1

Yahoo!!!!! Akhirnya sampai jugak kat kg halaman.. terasa nyaman udara di sini.. walaupun ketika itu, datang lori yang mengeluarkan asap yang hitam kelam..hahah.. (sebenarnya agak sesak nafas jugak, tapi disebabkan rindu sangat pada kg.. buat2 je tak rasa semua benda tuh.. hahahha)..


Okeh. Menu untuk first day.. ikan kukus, ayam goreng kicap dan sayur lemak putih baby jagung campur dengan terung.. fuh, sedapnye.. lama tak makan sayur tu..heheh.. makan dengan penuh berselera.. pasni, confirm naik sikit kot badan..hahah.. memang best betul balik kg kali ini. kebetulan sekarng ni nak menginjak ke musim buah.. dapat lah rasa sikit buah-buahan yang ditanam sendiri. Nak makan, petik je dari pokok.. macam satu iklan tu.. susu lembu segar dari ladang.. tapi kita tukar sikit ye.. segar dari pokok..hahahah...

Seperti biasa, celik je mata terus pergi rumah atuk.. sajer nak melawat dorang, tapi tak ada.. dorang pergi kebun.. jadi sementara tunggu dorang balik, saya bermain-main dengan sepupu yang berumur lebih kurang 5 tahun tetapi petah dalam berkata-kata..penat betul melayan my cousin tu.. biasalah, budak-budak tengah aktif..ahhah.


Apa menu untuk hari ini? nampak gaya mcam best.heheh.. emak saya petik pucuk ubi kayu yang tumbuh disekitar laman rumah nenek.. katanya hari ini nak buat sayur pucuk ubi.. cuba teka apa dia?? Heheh.. menu hari ini tak lain tak bukan.. sayur pucuk ubi masak lemak cili api, ikan kukus goreng (ikan ini kita kukus dulu, lepas tu goreng) , terung mango (saya tak berapa pasti dalam bahasa baku apa dia, tapi saiz dia kecil sangat.. rasa agak kelat sedikit) dan budu.. pergh.. memang menjilat jari.. maklumlah kat bandar susah sikit nak dapatkan semua ini.. itu yang buatkan saya lagi teruja..hahahah


Teringat si Alif (my cousin) mengusik mak saya.. “mama long, elok2.. kalau jatuh, alif tak nak tolong..” hahah.. sebenarnya dia pun nak petik pucuk ubi kayu jugak, tapi mak saya tak bagi.. bukan ape, takut dia tejatuh... saya tergelak sorang-sorang bila mendengar apa yang telah dikatakan olehnya tadi.. hahah..


Tak lama kemudian, saya dan Alif ke dusun belakang rumah atuk.. hajat di dalam hati nak gi pungut buah durian yang gugur.. merengek-rengek si Alif mintak saya naikkan dia di dalam kereta sorong.. malas nak berjalan katanya.. takpelah.. lagipun dia kecil lagi.. tak la berat sangat.. kami pun pergi la ke dusun belakang rumah.. kutip buah durian yang gugur dengan penuh semangat.. kesian tengok Alif, merah-merah dahi dia kena gigit nyamuk..tak tahulah berapa ekor “askar nyamuk” yang telah menyerangnya..hahhahha.. Alif dengan penuh semangat membawa buah durian.. bimbang juga saya takut-takut buah durian yang dibawa terjatuh diatas kaki.. sakitnya bukan kepalang la kot..hhehhe.setelah habis, kami pun pulang ke rumah..


Sampai je dirumah, mak cik tolong kopekkan.. fuh, tak sabar rasanya nak makan buah durian ni.. tapi sayang, semuanya masih lagi terlalu muda.. durian tu jatuh disebabkan oleh angin kuat.. jadi, kena tunggu dulu la kalau nak makan.. lambat lagi kot..hahah..

Tuesday, June 23, 2009

Tamat sudah..

Alhamdulillah....

Tamat sudah exam untuk intersesi sem ni..hehhehe.. yahoo!!! balik kg dengan hati yang girang.. tak sabar rasanya.. tapi, ada jugak yang sedihnya.... ari ni last day kat shah alam... tak de dah makan nasi lemak penyek kat cafe menara SAAS, air milo kat cafe yang sedap tu, rojak buah mak cik tu... huhuhu..semuanya dah jadi kenangan.. mean, hari ni jugak la last day study kat shah alam ni...tinggalkan segala keseronokan kat Shah Alam.huhuhu.. nanti pindah kat Puncak Alam pulak..tak ready je nak pergi sana..

Harapnya kat Puncak Alam segalanya-galanya berjalan dengan baik..kuatkan la semangat untuk hadapi hari2 yang mencabar kat sana..huhuhu

Friday, June 19, 2009

sharing is caring...

Wani nak share lagu yang menjadi kesukaan wani.. sebenarnya, lagu ni boleh dikatakan juga sebagai pembakar semangat la.. tengok dan hayati liriknya.. semuanya ada maksud yang tersurat dan tersirat yang harus kita fahami… untuk melakukan sesuatu dalam hidup, langkah kita yang pertama sangat penting.. kerana langkah tersebut akan menentukan siapa kita.. persoalannya, kita berani atau tidak untuk memulakan langkah pertama tersebut.. bagi sesiapa yang masih lagi tercari-cari kekuatan ataupun semangat untuk melakukan sesuatu, jadikanlah lagu ini sebagai lagu tema pada diri anda..seperti wani juga..hehehe..



Jordin Sparks - One Step At A Time Lyrics :-
Hurry up and wait
So close, but so far away
Everything that you've always dreamed of
Close enough for you to taste
But you just can't touch

You wanna show the world, but no one knows your name yet
Wonder when and where and how you're gonna make it
You know you can if you get the chance
In your face as the door keeps slamming
Now you're feeling more and more frustrated
And you're getting all kind of impatient waiting

[Chorus:]
We live and we learn to take
One step at a time
There's no need to rush
It's like learning to fly
Or falling in love
It's gonna happen and it's
Supposed to happen that we
Find the reasons why
One step at a time

You believe and you doubt
You're confused, you got it all figured out
Everything that you always wished for
Could be yours, should be yours, would be yours
If they only knew



You wanna show the world, but no one knows your name yet
Wonder when and where and how you're gonna make it
You know you can if you get the chance
In your face as the door keeps slamming
Now you're feeling more and more frustrated
And you're getting all kind of impatient waiting

[Chorus]

When you can't wait any longer
But there's no end in sight
when you need to find the strength
It's the faith that makes you stronger
The only way you get there
Is one step at a time

[Chorus x2]

Pack all my stuff…


Pertama sekali yang terlintas di fikiran sewaktu nak mula mengemas, takpe.. barang2 tak banyak sangat.. nanti bawa sikit je ke puncak alam.. takde barang sangat. Semua dah dibawa balik ke kampung..tapi, rupa-rupanya jangkaan wani tak benar sama sekali..hahhah. banyaknya barang-barang.. adus.. penatnya nak kemas barang-barang ni..hahaha..pasang laptop dan mainkan favourite songs.. hilanglah sikit rasa bosan dan penat..


Sebenarnya, kami satu fakulti akan berpindah ke puncak alam bermula sessi pengajian semester hadapan dan secara tak langsungnye wani juga akan meninggalkan shah alam... huhuhuhu.. macam tak nak pergi je kat sana, tapi tak boleh... kalau tak pergi, sape nak bagi lectures kat wani?? Hahhaha..


actually lepas 70% siap kemas barang-barang, terkejut sangat.. banyak juga barang-barang.. lepas tu, pening.. tak tahu yang mana satu nak dibawa ke puncak alam.. ingatkan nak bawa sikit je, tapi rupa-rupanya dah 3 beg besar yang mengandungi baju-baju.. alamak!!! Banyaknya.. kalau nak tinggal, nanti nak pakai ape kat sana..hahhaha..


moral of the story, barang-barang kita nampak je sikit.. tapi, bila dah dihimpun semuanya baru tau banyak mane...hahahha..

Berakhirnya..

Berakhir sudah intersesi untuk semester ini. Hai, tanpa disedari sugguh cepat masa berlalu.. tak sangka pejam celik dah nak final exam.. alamak!! wani belum bersedia lagi untuk menghadapi final exam ni..haha.. namun, wani terpaksa hadapi jua untuk masa depan kelak.. haahhah..sebenarnya intersesi tak la teruk seperti yang disangka, tapi best pulak rasanya... itu komen jujur dari wani.. heheehhe...

Intersesi semester ini, wani amik dua subjek iaitu HRD and HRU..Masih terbayang-bayang lagi waktu first day masuk kelas HRD.. masa itu, mana la kenal sangat semua orang.. dalam kelas itu, semua kursus ada.. ada yang amik BOSM (Office System), CS (Customer Service) and Event Management.. bila tiba part ice breaking, semua orang kelam kabut.. Pn. Rafidah suruh kami cari teman-teman yang ada characteristic yang telah dia senaraikan.. kecoh satu kelas, tapi best jugak.. bila dia buat macam tu, kita akan lebih kenal dan ingat kawan kita.. saya masih lagi ingat tentang aisyah.. teman sekelas saya.. nak tau tak? hanya dia seorang je yang mempunyai tarikh lahir pada 2 Disember.. bila saya terserempak dengannya, saya akan memanggilnya dengan nama 2 Disember...hahahha..

masih terbayang-bayang lagi keseronokan kami semua melawat ke Zoo Negara.. sungguh riang dan menyeronokkan sebab kami semua tak ubah seperti kanak-kanak riang... hahahha. Masing-masing dengan keletah dan gaya tersendiri.. suka sangat bergambar..tak kira tempat.. lagi menyeronokkan bila kebanyakan budak kelas perangai gila-gila dan boleh jadi satu kepala.. hahhaha..ooppss... jangan salah faham pulak kenapa kami melawat ke Zoo Negara.. sebenarnya itu semua sebahagian dari tugasan yang harus kami jalankan untuk memenuhi tuntutan subjek HRD tentang training yang dijalankan oleh mereka.. aktiviti sampingan, melawat kawasan Zoo Negara..kedengaran agak lucukan bila buat lawatan ke Zoo Negara?? Hahahha.. Sebelum itu, masing-masing memasang angan-angan dan impian untuk melawat ke Media Prima.. namun, apakan daya.. kami kurang bernasib baik sebab budak2 sekolah terlebih dahulu menghantar surat permohonan ke sana...hahaha...



Semuanya memberikan pose yang terbaik....hahhah.. smile...



Macam-macam pose yang diberikan.. katanya ada ala2 Miss J, Tyra Banks.. macam2 lagi lah..




Wajah-wajah riang... semangat untuk explore Zoo Negara..


Sweetnya time ni..hhahahha



Dalam tram (kenderaan seperti bas, tp lebih kecik) pun sempat lagi, pose..haha.. nak gi jalan2 tengok haiwan..


Ini dia tram..yang putih tu, kami punya.. hehehehe


Balik Kampung...yehaaa...



beberapa hari lagi wani akan balik ke kampung halaman.. oohh.. alangkah rindunya diri ini pada kampung.. tak sabar rasanya ingin bertemu sanak saudara di kampung..hahha....(gaya macam orang yang merantau sampai ke luar negeri, tapi pada hakikatnye.. shah alam je..)

balik kg...oohh.. balik kg.. hati girang... masih ingat lg dengan lagu ini? Heheh. Inilah lagu kesukaan wani setiap kali nak balik kg.. lagu allahyarham Sudirman Hj. Arshad.. walaupun lagu ini dah lama, tapi masih lagi melekat lagi dalam hati.. syahdunya bila kita hayati lirik dia betul2.. hati kita pun berbunga-bunga seperti alunan lagu ini..

kampung... satu tempat yang menyeronokkan dan menenangkan bagi wani..mungkin pada kebanyakan orang, kampung adalah tempat membosankan.. tak seperti bandar yang mempunyai lampu yang berkilauan dengan meriahnya.. maklumlah, ada lagi sesetengah kampung yang tidak seberapa maju berbanding tempat2 lain.. tapi, kampung saya tidak begitu..heheh.. segala kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan dengan begitu sempurna... terima kasih yang tak terhingga pada kerajaan kerana tidak meminggirkan penduduk luar bandar dalam setiap projek yang dijalankan..hehhee..

saya ingin menyeru pada teman-teman sekalian.. “moh la kita balik kg..tak kira di mana pun jua..hahha” saya bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di kg... sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk saya melarikan diri dari kesibukan bandar raya... menenangkan hati dan fikiran yang sesak untuk seketika..hahaha.. rindunya saya pada kesegaran udara di kg... keenakan buah-buahan tempatan yang boleh dipetik dari dusun buah-buahan datuk saya..begitu rindu untuk memanjat dan memetik buah rambutan..macam2 jenis buah rambutan yang ada dan yang pastinya saya kadang-kadang tidak tahu bagaimana untuk membezakan buah-buahan tersebut.. lucu bukan? Hahah.. dan yang pastinya, saya paling rindukan buah durian.. i love this fruits.. so delicious..hehe.. saya adalah di antara berjuta peminat buah durian.. hahha.. susah untuk saya terangkan apa keistimewaan buah durian namun bagi penggemar buah durian, tentu saja mereka tahu apa rahsianya...

wahai kampung, tunggulah kepulangan daku....yeeeeeahhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Wednesday, June 17, 2009

DI SINI BERMULANYA..


Bismillahirahmanirrahim……


Alhamdulillah.. bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan Limpah Kurnia-NYA dapat saya menghasilkan blog yang pertama..dan ia merupakan percubaan saya yang pertama juga...

Saya ingin berterima kasih kepada teman-teman yang telah memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk menghasilkan blog ini terutama sekali kepada umi, zue, wani, safiah, wan, achik, uji, suling, puteri dan fidaiy.. kepada kawan-kawan yang namanye saya terlupa untuk catitkan, harap maafkan saya...hehehe. Diharap kalian semua akan terus memberi sokongan dan dorongan dalam setiap perkara yang saya lakukan.. blog ini saya hasilkan untuk tatapan teman-teman yang sama-sama ingin berkongsi segala kisah suka dan duka dalam hidup saya.. friends 4 ever..


Kenapa saya memilih nama pearl akasia? Sebenarnye ini adalah nama sejenis bunga yang saya kagumi.. Sejenis bunga yang dijadikan sebagai “peneduh” dihalaman rumah kita.. saya ingin menjadikan bunga ini sebagai sumber inspirasi kepada saya.. saya ingin menjadi “peneduh” kepada orang-orang yang saya sayangi terutama sekali pada keluarga dan teman-teman rapat.. tanpa mereka, siapalah saya..

Ini adalah gambar bunga pearl akasia.. menarik bukan? namun, ejaannya telah saya ubah sedikit..heheh. jangan marah ye..



Saya ingin menerapkan gaya santai dan bersahaja di dalam blog saya.. saya ingin memohon maaf terlebih dahulu andainya bahasa saya kedengaran agak kasar dan tidak menyenangkan anda untuk membaca blog ini..


Saya juga ingin menitipkan ucapan terima kasih saya kepada teman-teman dan sesiapa yang sudi membaca blog saya.. saya mengharapkan pandangan dan komen dari anda semua tentang blog saya.. jangan rasa malu-malu atau segan untuk melemparkan segala komen anda untuk saya ye..


Terima kasih kalian. Jasamu dikenang sehingga ke akhirnya..