Wednesday, December 30, 2009

Tahun Baru 2010

tak lama je lagi nak sambut tahun baru 2010.. harapnye semua akan berjalan lancar utk tahun depan.. wani pun mengharapkan sinar yg baru akan muncul pd tahun hadapan.. tapi untuk tahun 2009 pun tak boleh lupa jugak. sebabnye banyak sgt kejadian dan kenangan manis sepanjang tahun 2009 ni.. alhamdulillah, mudah2an segala impian dan azam untuk tahun 2009 sudah pun tercapai.. bagi wani, ada beberapa azam yang belum lagi tercapai.. insyaALLAH tahun 2010 ini akan wani kabulkan azam tersebut..

buat teman2 semua, jagalah diri dan kesihatan.. tak lupa juga bina ikatan persaudaraan antara kita agar ianya menjadi lebih kukuh bukan untuk tahun ini sahaja bahkan untuk tahun yang mendatang ye.. amin.. akhir kata.. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010..

Monday, December 28, 2009

pertunangan..

alhamdulillah...

Diam tak diam, kita dah sampai ke penghujung tahun 2009.. tahun yang penuh ngan pelbagai memori... azam tahun lepas macam mana? dah tercapai ke semua?
wani masih ada lagi kot yang tak tercapai..tak tau la bila pulak akan tercapai..takpelah..nanti tahun baru, buat yang lain..yang lebih realistik.. hahaha.

penghujung tahun ni ada peristiwa manis yang berlaku dlam hidup wani.. pada tanggal 19hb Disember yang lepas, kawan baik wani selamat menjadi tunangan orang dan dalam masa yg sama memegang status yang baru..iaitu TUNANG kepada muhd syahreen.. alhamdulillah, tercapai impiannye untuk bersama orang yg tersayang.. di doakan mereka akan kekal bahagia hingga ke akhirnya.. kata orang, alam pertunangan ini banyak cabarannya, hati kena kuat..kalau tak, kita mudah hanyut.. wani percaya mereka berdua sudah cukup dewasa utk melalui hari2 yg penuh mencabar di masa hadapan.. hadapinya bersama-sama ok!!..

tapi kan, peliknya kenapa wani pulak yang rasa penuh debaran tatkala pihak lelaki dan perempuan berbincang mengenai pertunangan mereka sedangkan bukan wani yang akan mengikat tali pertunangan tersebut.. hurm.. takpelah..mungkin itu jugak yang dirasakan oleh zue di saat-saat yang genting tersebut.. penatnya nak buat majlis seperti itu.. wani sebagai tetamu pun dapat rasakan, betapa banyak benda penting yang perlu diuruskan agar perjalanan majlis berjalan dengan rapi..alhamdulillah..segalanya berjalan dengan baik...

syukur jugak sebab wani, fia, umi dan wani perak dapat menghadirkan diri ke sana..namun, majlis kurang meriah tanpa kehadiran wan, yani dan yang lain2.. tak mengapalah.. mereka perlu menjalankan urusan lain yang tak kurang pentingnye.. penat jugak naik bas dari kelantan utk ke jengka..ada la dalam 8 jam lebih..seharian perjalanan..sama jugak umi dan wani perak..namun, atas sebab tali persahabatan yang kuat, akhirnya ia membawa kami ke sana..amin, semoga ianya akan kekal utuh hingga ke akhirnya..

sewaktu menunggu ketibaan rombongan lelaki, wani bersembang kosong dengan cikgu linda.. (kenalan rapat zue dan kami jugak).. beliau ternyata terkejut kerana kami berada disitu sambil mengatakan.. "kamu semua memang rapat kan. tak pernah berpisah.. zue tunang pun kamu semua datang kan.. kamu sentiasa bersama-sama.. baguslah..", katanya sambil tersenyum.. saya lantas menjawab, alhamdulillah.. ikatan kami kuat cikgu.. beliau mengatakan, kenapa kamu semua tak bertunang sekali? kenapa zue dulu? kamu semua bila lagi?.. wani lantas menjawab sambil tersenyum.. ini soal jodoh cikgu..kita tak boleh nak rancang.. jodoh sampai awal, kami semua belum lagi..takpelah.. lain kali, majlis kami pulak.. cikgu jangan lupa datang ye..

ada benarnya kata cikgu linda.. tapi, semua itu kerja TUHAN.. DIA yang lebih mengetahui segalanya.. terima sajalah dengan hati yang terbuka.. mane tau, esok lusa kami pula akan bergelar seperti zue dan syahreen..;D

kepada zue: sentiasa bersabar dalam menghadapi cabaran di alam pertunangan..wani tau kamu boleh hadapinya dengan tenang. ingat, sentiasa berfikiran tenang dan matang dalam membuat keputusan.. saya yakin, kamu sudah bersedia untuk semua ini.. jaga syahreen juga ye..

kepada syahreen: jagalah zue baik2 kerana tatkala kamu menyakiti hatinya, sama juga seperti kamu menyakiti hati kami semua.. sentiasa bersabar dalam menghadapi cabaran dan tidak bertindak melulu k..

saya syangkan kamu berdua... tahniah my dear..


amik berkat zue.. :D

tahniah..

Saturday, December 19, 2009

Puyan boh (musim banjir)


Tatkala tibanya penghujung tahun, umumnya sudah mengetahui yang negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia akan dilanda musim banjir.. ia juga penanda peralihan monsun Timur Laut..musim banjir pun ada peringkat-peringkat jugak tau.. kalau tak silap wani, ada peringkat jingga, merah dan sebagainya. Itu untuk menentukan paras air yang naik.. kalau wani salah, sila betulkan ye.. hehe. Sejak kecil sampai lah umur macam ni, tiap2 tahun memang takkan terlepas dari musim banjir. Bezanya adalah paras air yang naik.. tahun ini sahaja musim banjir, negeri wani dilanda banjir 3 kali..ada 3 kali gelombang.. waktu hari raya Qurban hari tu, ada jugak yang beraya dalam banjir.. mereka jugak tak dapat buat ibadat Qurban sebab haiwan ternakan seperti lembu dan kambing dihanyutkan air..memang kedengaran agak lucukan. Tapi, itulah kuasa TUHAN.. tak ada siapa yang dapat menyangka dan menghalang....

Alhamdulillah, untuk tahun ini kampung wani tak lah seteruk tempat lain yang dilanda banjir. Banjir kali ini tak teruk sangat tak seperti tahun 2004 yang lepas. Kalau tak silap, tahun 2004 adalah banjir paling besar yang melanda kelantan sebab banyak kawasan yang dilitupi oleh air.. bukan setakat kawasan yang rendah sahaja, malah Bandar Kota Bharu juga dinaiki air.. setahu wani, itu memang banjir terbesar yang berlaku setelah hampir 20 tahun banjir besar sebelum itu.. pada tahun tersebut juga, kami menggunakan perahu di atas jalan raya sebagai pengangkutan.. kereta dan motorsikal diletakkan ditempat yang tinggi. Dan seperti yang sedia maklum, sekolah menjadi tempat pemindahan bagi mangsa banjir.. tapi, wani alhamdulillah masa tu tak payah pergi ke tempat pemindahan sebab rumah atas bukit. Jadi terselamat lah dari banjir.. heeheh.. kalau tak silap wani paras air kat atas jalan raya sampai la paras pinggang orang dewasa.. tinggi jugak tu.. kalau nak mandi, kena hati-hati sebab air tu dalam dan arus kuat .. rumah yang dekat kawasan rendah ada yang ditenggelami air sehingga menutupi paras bumbung.. ooh. Ada satu cerita kelakar.. ada sedara wani ni, dia keje baiki television. Jadi banyak la tv kat umah dia.. kebetulan pulak, air waktu ni naik dengan cepat dan mendadak..kami pun tak jangka dan tak buat sebarang persiapan pun sebab ingatkan banjir biasa je.. tapi, bila air naik mendadak ada beberapa barang yang dia tak sempat nak selamatkan termasuklah tv tadi.. rumah dia pulak ada kat bawah bukit dan dekat pulak tu dengan sungai..air yang naik pulak sampai ke paras bumbung rumah dia.. bila air dah surut, kami pun kemas la rumah dia.. tengok2 ada tv yang terlekat kat bumbung rumah..tapi, lepas tu dapat la buang tv tu..hhhaha..

Ada satu kisah disebalik banjir pada tahun 2004 ni.. sebenarnya wani terpilih ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk panggilan yang pertama. Kiranya kumpulan yang pertama la untuk tahun tersebut.. sebab PLKN ada 3 kumpulan bagi setiap sessi.. disebabkan banjir jugak lah wani punya tarikh pendaftaran dilewatkan seminggu sebab kem PLKN tu tenggelam banjir.. ala, tak jauh pun kem tu. Kat negeri kelantan jugak..huhuhu.. masa tu perasaan bercampur baur.. gembira sebab banjir dan boleh main + risau sebab tak gi daftar PLKN.. yelah, wani ni budak skema jugak la time tu. Takut kot kena denda ke apa ke.. risau jugak.. tapi, bila tengok berita semua kem penempatan yang terlibat banjir ditunda seminggu, apa lagi.. bukan main seronok la.. tak yah nak gi daftar awal2.. lagipun masa tu, takut nak gi sana.. sebab orang dok cakap yang bila gi PLKN kena denda la, buli la, tak best la, teruk la dan macam2 lagi la.. kecut perut jugak tuh. Tapi, bila gi sana.. lain pulak pengalaman yang dapat.. best sgt.. tak seperti yang dikatakan orang..hehe..

Lepas musim banjir, tak lama lepas tu negara dikejutkan jugak dengan kejadian tsunami.. kami dekat kem memang tak tahu apa2 sebab jarang sangat gi tonton tv.. tapi, bila baca paper, terkejut sgt.. teruk kerosakan yang jadi.. hurm..

Musim banjir ni umpama pesta air bagi rakyat di negeri pantai timur.. sebab boleh main air puas2.. waktu macam ni jugaklah banyakkan kes lemas yang terjadi..jadi, ibu bapa kena pantau anak-anak dengan lebih ketat...sebab kanak-kanak memang pantang nampak air..mesti nak mandi. Sama lah wani pun waktu kecik-kecik dulu.. sekarang ni pun sama jugak..hehe.. waktu banjir besar tu jugak tak kira tua atau muda hatta kanak-kanak semuanya main air.. kadang-kadang sampai tak mau naik.. mandi pun dengan air banjir.. memang kelakar..

musim banjir ni jugak menjadi punca rezeki bagi sesetengah orang sebab waktu macam inilah orang suka makan ikan sungai.. sebab kebanyakan orang akan menahan jaring atau pukat.. jadi, bila ada ikan, ia akan tersangkut dalam pukat tersebut.. wani pun pernah ikut atuk pergi menahan jaring.. memang best. Naik perahu, boleh kayuh.. kalau tak ada pengayuh, guna tangan.. memang seronok dapat main air..hehe. tambah seronok bila angkat jaring, ada ikan yang tersangkut di jaring.. bila kumpul2, dapat jugak la satu plastik besar.. boleh makan sampai 3 hari.. mana tak seronok, tengok jaring 2 kali sehari. Bila tiap kali pergi tengok, ada ikan yang melekat kat jaring...haha. fuh, ikan sungai memang sedap.. macam2 jenis.. wani pun kadang2 tak berapa kenal sangat..hehe. banyak jenis.. contohnya ikan keli, ikan puyu, ikan sepat, ikan semilang dan banyak lagi la.. tak ingat sangat. Tau makan je..hehe.

musim banjir jugak la waktu yang paling best makan ubi kayu. Waktu sejuk2, berbungkus dengan kain selimut..nak keluar rumah tak leh. Kalau keluar, demam pulak kena hujan..hehe.. jadi, apa lagi..makan tido je la kerjanya..haha. ubi kayu ni pulak kita rebus dan cicah dengan kelapa. Ada jugak kita buat sira ubi kayu.. cuba bayangkan ye..keadaan sejuk, ada ubi kayu pastu tambah pulak dengan air teh atau kopi panas.. syok habis.. :D

musim banjir ni jugak banyak sangat lintah.. macam2 jenis ada..jadi, pada sesiapa yang nak buat bisnes lintah, silalah datang waktu musim ni.. boleh pilih nak yang mana.. nak kecik, besar.. datuk lintah, nenek lintah, ayah lintah, anak lintah..semua ada...hahah. :D

sekian sahaja tentang banjir..hehe. tapi, wani takde gambar tentang banjir tahun 2004.. kalau nak tengok. Rujuk la arkib surat khabar.. rasanya mereka ada simpan..heheh

11 november 2009


Tarikh ini mengingatkan wani pada 11 november 2007. tarikh ini ada makna yang tersendiri pada wani.. sebab ini tarikh perpisahan wani dengan kawan2 yang sama2 belajar kat dungun. Memang terkesan sikit dengan perpisahan tersebut sebab lepas tu kami akan pergi praktikal kat tempat lain2. masing2 ada kat organisasi yang berlainan.. alhamdulillah, tali persahabatan kami masih kuat sebab lepas abes praktikal, kami dapat sambung pengajian dekat fakulti dan kampus yang sama walaupun berlainan course.. alhamdulillah, kami dapat duduk sama lagi. ;)

Sayangnya dari 8 orang hanya tinggal 5 sebab wan dengan za tak sambung, dorang keje dulu.. yani pulak sambung kat universiti lain.. Waktu 1st tu, orang lain semua sibuk nak mintak hostel tapi kami pulak sibuk cari rumah sewa. Nak merasa duduk rumah sewa pulak sebab diploma dulu 2 tahun setengah duduk dalam hostel, jadi nak cari kelainan la pulak..hehe. setelah puas mencari, alhamdulillah.. dapat jugak kami duduk satu rumah sama2.. bila dah jauh dari family, masing2 kerjasama dan pakat2 jaga keselamatan diri dan orang lain macam citer wonder pet.. apa yang penting? Kerjasama!!.. hahah.

Wani, zue dan umi dapat satu course yang sama.. fia dan wani perak pulak dapat satu course yang sama.. mula2 tu macam tak best je sebab dapat lain2, tapi takpelah.. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan DIA sudah pun merancang sesuatu dengan sempurna.. Cuma kita kena redha dan ikut flow yang sudah di aturkan..

Okey, berbalik semula pada cerita 11 November tadi...

Tapi tahun ni pada 12 November 2009, kami semua berpisah sekali lagi. Tinggal la fia dengan wani perak je kat puncak alam sebab wani, umi ngan zue akan pergi internship utk kami punya course. Lambat satu hari dari tarikh yang pertama.. wani, zue dan umi balik dulu sebab kami dah abes paper.. fia dan wani perak lambat sikit abes jadi dorang balik lambat sket..

Itu secebis kisah tanggal 11 november utk wani..hehe..

Sekarang wani dah mula merindui kamu semua.. terima kasih sebab sentiasa berada di sisi wani waktu susah dan senang ye.. harap persahabatan kita akan kekal sampai akhir hayat.. semua kenangan ini akan wani simpan dan menjadi kisah klasik di masa depan utk diceritakan pada anak cucu kita.. :D