Friday, October 23, 2009

Final Exam..

Pejam celik..pejam celik..dah hampir 4 bulan wani belajar utk sem ni.. mcam tak percaya pulak.. rasanya hari tu baru je angkut barang2 utk register kolej.. tapi sekrang dah nak angkut bawak balik umah pulak..hehe..cepat betul masa berlalu.. sungguh tak disangka, umur pun dari hari ke sehari sudah semakin tua.. argh..tak bersedia lagi nak tinggalkan alam remaja.. nak enjoy kehidupan remaja lagi..hehehe..

dalam diam tak diam, setelah segala bagai assignment dan project..tibalah masa utk final exam pulak..sesi uji kaji akan bermula minggu depan utk menentukan tahap kefahaman kami utk subjek yang dipelajari semester ini..huhu.. alangkah bestnya kalau malaysia tak mengamalkan sistem peperiksaan.. mesti semua orang lulus dengan cemerlang dan jayanya..heheh.. takpelah..untuk masa depan yang cerah, rasanya mesti ada kot sistem ini..kalau tak, mesti kita takkan belajar..yelah, minat utk belajar tu datang sendiri agak payah kot kalau dipupuk..asyik nk kena ketuk je..biasalah..kadang2 terlupa..eehehe

hurm.. rasanya nk abeskan minggu2 terakhir pengajian dan final exam ni agak payah jugak. kena ada semangat yang kuat dan kental.. kalau tak, tak tau la boleh survive ke tak.. apa yang penting?? plan dari awal.. hehe.. seperti ada kata iklan tuh.. rancang perjalanan anda supaya selamt sampai ke destinasi..heheh.. apa daa.. mengarut dah ni..haha..

semoga minggu2 yang sukar ni akan dapt ditempuhi dengan jayanya sebelum bercuti bagi merehatkan minda..heheh

Sunday, October 18, 2009

Event..

ada lagi benda besar yang terjadi..pada 15 October.. wani punya event utk subjek current issue.. tapi, event ni last minute punya lulus proposal.. itupun setelah beberapa kali bertemu dengan pihak atasan, akhirnya lulus.. tapi yang menjadi masalahnye ari khamis event, ari isnin baru luluskan.. mane tak pening dan pengsan kita nak siapkan segala2nye.. rasa macam nak marah pun ada..tapi, nak buat macam mana.. dalam keterpaksaan itu, event tersebut berjalan juga.. kalau tak jalan, makna kata.. kami semua terpaksa repeat la paper itu disebabkan oleh event semata-mata..

team members pun bekerja semakin kuat sampai setiap hari tido lewat pagi.bukan lewat malam..tapi lewat pagi..ehhehe..kelas di waktu siang yang full dan assignment yang bertimbun-timbun ditambah lagi dengan kerja event yang last minit tadi.. sangat la kelam-kabut.. walaupun kita dah buat preparation dari awal, tapi oleh kerana tidak mengikut format sebenar.. terpaksa la kita buat semua kerja lagi sekali..huhuhu.. tak sabar nak cuti..rehatkan badan.. penat bila tak cukup tido dan tension dengn kerja yg sgt la banyak.. lepas tu, orang lain tolong kalut dan risaukan kita punya part.. rasa mcam nak telan je semua orang bila kita tengah tension dihujani dengan pelbagai persoalan..hahah.. tapi, itulah pengalaman.. moga2 pengalaman hari ini boleh digunakan di lain hari..

akhirnya setelah bertungkus lumus, event tersebut dapat dijalankan.. walaupun tak seberapa hebat tapi syukur..akhirnya event tersebut boleh berjalan dengan jayanya.. banyak tanggungjwb yang harus dipikul sampaikan rasa mcam tak terbuat.. tapi, nasib baik semangt kuat lagi.. boleh jadi pengubat sikit2.. tapi, ada jugak yang tak best dengan event kali ini.. semua orang tak respect antara satu sama lain.. lepas tu ada pulak yang jadi talam dua muka..depan kita cakap lain.. tapi kat belakang kita.. jaja cerita kita mcam pisang goreng panas..tak tau lah apa manfaat yand dia dapat sampaikan sanggup buat macam tu.. tapi, takpelah.. biarkn dia.. sampai bila dia boleh bercakap dan menjaja keburukan orang lain kerana tak mustahil satu hari nanti orang akan nampak dia yang teruk kerana menjaja cerita yang tak sepatunya tuh.. tambah lagi sakit bila semua orang nak tunjuk pandai..kononnya dia lah yang paling bijak dalam mengatur dan menguruskan event..kalah budak yang amik course event..dia lagi pandai..huhu

entahlah..kadang2 tak faham dengn perangai manusia..bila kita buat baik, di umpat dan di keji.. bila kita jadi jahat, sama jugak..jadi jalan yang terbaik..pekakkan telinga dan butakan mata..buat2 macam takde apa2 walaupun kat dalam hati dah separuh menggelegak..tunggu masa nak meletup je..hehhe.. lepas dari event, terus tido sampai tak sedarkan diri..ada gak la dlm 4 jam tido..hehe. lepas tu bangun dengan penuh perasaan yang tidak bersalah..macam takde pape... ehhehe. rasanya untuk event kali ini, wani dah curahkan sepenuh masa dan tenaga.. dan at the end event ni lancar.. alhamdulillah.tak sangka dan rasa seperti mimpi.. rupa2nya wani pun boleh buat macam orang lain jugak.. hanya perlu keazaman dan semangat yang tinggi..hehe




kursus kawen..

weekend ni jadual terisi dan penuh dengan aktiviti.. 17 & 18 October ada kursus kahwin.. wani join la ngan member2.. sajer nak dapatkn sijil kahwin dulu walaupun bukan utk kahwin dalam masa terdekat ni..lagipun sijil kahwin takde expired date. so, boleh kita simpan utk jangka masa yang panjang.kiranya nak kahwin nanti, tak yah gi kursus lagi dah.sebab dah amik walaupun takde pasangan pun lagi..ehhe. banyak jugak la ilmu pengetahuan yang ditimba dari ustaz2 yang berpengalaman.. banyak ilmu yang mereka perturunkan.. rupanya bukan senang nak kahwin ni..

banyk benda yang harus kita fikirkan. masing2 kena bersedia untuk pikul tanggung jawab dan amanah yang diberikan.. lepas pergi kursus ni barulah bertambah sikit ilmu tentang rumah tangga.. susah juga kalau suami dan isteri yang berkahwin takde ilmu rumah tangga.. silap2 haribulan, kahwin tak sampai setahun.. bercerai..nauzubillah... tak nak la macam tu.. membina masjid tu perkara yang baik.. kenapa kita pula nak robohkan setelah kita bina?? tapi itulah yg terjadi jika kita takde ilmu rumah tangga..

pengisian utk ceramah majis ni memang best.. banyak benda yang tak tau jadi tau.. lagipun, ustaz yang bagi ceramah pun dah terangkan dengan panjang lebar sewaktu ceramah..jadi terbuka la sikt mata tentang erti perkahwinan..hehehhe.. tapi, sakit perut manjang waktu join kursus kahwin ni..yelah, ustaz asyik buat lawak sehinggakan kita tak kering gusi gelak dengan lawak jenaka.. lagipun cara penyampaian mereka santai dan jelas utk kita fahami.. harapnya dapat praktikkan segala yang ustaz ajarkan bila dah kahwin nanti..hehe.. tetiba rasa macam teruja pulak nak kahwin..hehe. tunggulah..nanti mesti datang masa yg sesuai..hehhe. tetiba gatal pulak..

pada mereka yang tak pergi lagi kursus kahwin, pergi la.. walaupun datang sorang diri.. sekurang2nya kita ada ilmu sedikit dan bersedia untuk kahwin..sebab menurut kata ustaz, rugi kalau kahwin lewat..hehehe..


Dinner MPG

9 Oct 2009 yang lepas, kami semua budak2 final year diraikan dalam satu majlis yang dinamakan Malam Pra Graduan.. majlis tu dibuat di The Summit Hotel, Subang USj. tema utk majlis tu"celebrity wannabe". jadi ramaila celebrity dari luar dan dalam negara yang berkumpul di hotel the summit malam tu.hehehe. ada ruffedge, akon, ekin dan ramai lagi la.. kalau nk tulis kat sini, confirm ramai. tak muat space nanti..hehe. tapi, best la majlis malam tu..sekurang2nya.. dapt la legakan seket stress yang tengah sarat di tanggung..hehe.

celebrity yang berjaya wani tiru malam tu x tau la sape..hehe. sebab tade celebrity pun nak ditiru..heeh. jadi la diri sendiri. senang. tak yah nak fikir fesyen ape nak pakai..ehehe.. malam tu pakai baju corak ala2 batik..macam orang kerajaan sikit..hehe. setiap majlis rasmi pakai baju batik kan? tersangat la formal malam tu..haha..malam tu, kami dijamu dengan makanan yang sedap2.hehe.ada satu cerita yang lucu dan kelakar.. alkisahnya!! wani ni jenis yang tak makan kambing..sebelum ni la.tak tau la kenapa dan apa sebabnya wani tak makan kambing..sebelum ni, abah ngan mak selalu bohongkan wani barulah wani makan kambing.. tapi lepas dapat tau lauk itu sebenarnya kambing, teruslah rasa macam loya.. itu sebelum ini.. baca dulu.citer tak abes lagi..hahah.. nak dijadikan cerita, malam dinner tu ada lauk kambing panggang dengan sos black paper.. bila tengok dia punya menu, terus terbayang tentang kelazatan sesuatu yang dipanggang dengan bersos black paper..hehe.. tetiba rasa macam nk mencuba je kambing panggang tuh.. yelah..ramai orang dok kata kambing tu lagi sedap dari segala lauk yang ada..hehe. maybe sebab hotel yang masak kot..itu yang jadi lagi teruja nak makan..hehe.dengan penuh keberanian.. wani amik lauk tu.. then, try suap kat mulut.. hurm, sedap jugak.hehe.

alhamdulillah, akhirnya wani berjaya membuang rasa takut untk mencuba daging kambing..hehe. lepas ni boleh la cuba lagi..hehe.. tapi, biasalah. harga dia lagi mahal dari lauk2 yang lain.. pengalaman pertama yang seronok dan excited.. tapi, yang tak tahannye..lepas tu kena perli ngan zue dan kawan2 yang lain..hehe. takpe.terima je la. nak buat macam mana..baru terbuka hati nak makan kambing..hahah.

malam tu, organizer event ni jemput amylea, AO project dan kumpulan ruffedge datang buat persembahan kat situ. actually, ramai lagi yang menyanyi.. tapi tak ingat la sape dia lagi..hehe. tapi, waktu persembahan ruffedge, memang enjoy gila..wani siap tarik umi dan achik gi depan stage.. kami menyanyi same2 ngan ruffedge..nak lepaskn stress, nyanyi kuat2 ngan dorang..tapi, takde la sampai naik atas stage..hehe. cukupla sekadr menyanyi dibawah.. at least, dapat lepaskan tensen sudah..hehe. tapi, overall malam tu memang best. memang tujuan utama nak gi situ nak makan pun. jadi bila tiba time dihidangkan makanan, memang tak ingat dunia makan..hehah. itula sikit sebanyak.. kenagan utk sem 5 ni..hehe. gmbar tak dapt nak letak lagi.tunggu la lain kali ye..hehe


Tuesday, October 13, 2009

raya..

rasanya tak basi lagi kot kalau eden nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua kawan2..heheh.. takpe.. puasa kan sebulan.. jadi raya pun sebulan la.nape nak raya sekejap je? tak best la..

dulu2..masa kecik2.. selalu susun jadual nak gi beraya umah sape.. nak kutip duit raya + makan kuih raya yang sedap2 sekali..hehe.. indahnye saat itu..tapi sekarang, dah tak leh nak kutip duit raya dah.. semua orang tak nak bagi..sebab dorang cakap eden ni dah besar..huhuhu..sedih.. patutnye orang yang dah besar ni la lagi layak dpt duit raya..yelah..sebab dah pandai pegang duit sendiri..kalau kanak2 tak reti..last2 mak ayah tolong pegangkan..hahahah..

sempena syawal yang mulia ni masih ada.. nak tanya seket! ada sape2 nak bagi duit raya kat wani tak?? ahhaha.. nampak gaya macam takde orang offer pun..haha. takpelah.. bersedia la utk terima kenyataan yg diri ini tak mungkin akan dapat duit raya lagi..heheh..

ni sedikit gambar raya.. tengok la..hehehe


mak bermaafan dengan nenek & atuk..hehe