Wednesday, December 30, 2009

Tahun Baru 2010

tak lama je lagi nak sambut tahun baru 2010.. harapnye semua akan berjalan lancar utk tahun depan.. wani pun mengharapkan sinar yg baru akan muncul pd tahun hadapan.. tapi untuk tahun 2009 pun tak boleh lupa jugak. sebabnye banyak sgt kejadian dan kenangan manis sepanjang tahun 2009 ni.. alhamdulillah, mudah2an segala impian dan azam untuk tahun 2009 sudah pun tercapai.. bagi wani, ada beberapa azam yang belum lagi tercapai.. insyaALLAH tahun 2010 ini akan wani kabulkan azam tersebut..

buat teman2 semua, jagalah diri dan kesihatan.. tak lupa juga bina ikatan persaudaraan antara kita agar ianya menjadi lebih kukuh bukan untuk tahun ini sahaja bahkan untuk tahun yang mendatang ye.. amin.. akhir kata.. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010..

Monday, December 28, 2009

pertunangan..

alhamdulillah...

Diam tak diam, kita dah sampai ke penghujung tahun 2009.. tahun yang penuh ngan pelbagai memori... azam tahun lepas macam mana? dah tercapai ke semua?
wani masih ada lagi kot yang tak tercapai..tak tau la bila pulak akan tercapai..takpelah..nanti tahun baru, buat yang lain..yang lebih realistik.. hahaha.

penghujung tahun ni ada peristiwa manis yang berlaku dlam hidup wani.. pada tanggal 19hb Disember yang lepas, kawan baik wani selamat menjadi tunangan orang dan dalam masa yg sama memegang status yang baru..iaitu TUNANG kepada muhd syahreen.. alhamdulillah, tercapai impiannye untuk bersama orang yg tersayang.. di doakan mereka akan kekal bahagia hingga ke akhirnya.. kata orang, alam pertunangan ini banyak cabarannya, hati kena kuat..kalau tak, kita mudah hanyut.. wani percaya mereka berdua sudah cukup dewasa utk melalui hari2 yg penuh mencabar di masa hadapan.. hadapinya bersama-sama ok!!..

tapi kan, peliknya kenapa wani pulak yang rasa penuh debaran tatkala pihak lelaki dan perempuan berbincang mengenai pertunangan mereka sedangkan bukan wani yang akan mengikat tali pertunangan tersebut.. hurm.. takpelah..mungkin itu jugak yang dirasakan oleh zue di saat-saat yang genting tersebut.. penatnya nak buat majlis seperti itu.. wani sebagai tetamu pun dapat rasakan, betapa banyak benda penting yang perlu diuruskan agar perjalanan majlis berjalan dengan rapi..alhamdulillah..segalanya berjalan dengan baik...

syukur jugak sebab wani, fia, umi dan wani perak dapat menghadirkan diri ke sana..namun, majlis kurang meriah tanpa kehadiran wan, yani dan yang lain2.. tak mengapalah.. mereka perlu menjalankan urusan lain yang tak kurang pentingnye.. penat jugak naik bas dari kelantan utk ke jengka..ada la dalam 8 jam lebih..seharian perjalanan..sama jugak umi dan wani perak..namun, atas sebab tali persahabatan yang kuat, akhirnya ia membawa kami ke sana..amin, semoga ianya akan kekal utuh hingga ke akhirnya..

sewaktu menunggu ketibaan rombongan lelaki, wani bersembang kosong dengan cikgu linda.. (kenalan rapat zue dan kami jugak).. beliau ternyata terkejut kerana kami berada disitu sambil mengatakan.. "kamu semua memang rapat kan. tak pernah berpisah.. zue tunang pun kamu semua datang kan.. kamu sentiasa bersama-sama.. baguslah..", katanya sambil tersenyum.. saya lantas menjawab, alhamdulillah.. ikatan kami kuat cikgu.. beliau mengatakan, kenapa kamu semua tak bertunang sekali? kenapa zue dulu? kamu semua bila lagi?.. wani lantas menjawab sambil tersenyum.. ini soal jodoh cikgu..kita tak boleh nak rancang.. jodoh sampai awal, kami semua belum lagi..takpelah.. lain kali, majlis kami pulak.. cikgu jangan lupa datang ye..

ada benarnya kata cikgu linda.. tapi, semua itu kerja TUHAN.. DIA yang lebih mengetahui segalanya.. terima sajalah dengan hati yang terbuka.. mane tau, esok lusa kami pula akan bergelar seperti zue dan syahreen..;D

kepada zue: sentiasa bersabar dalam menghadapi cabaran di alam pertunangan..wani tau kamu boleh hadapinya dengan tenang. ingat, sentiasa berfikiran tenang dan matang dalam membuat keputusan.. saya yakin, kamu sudah bersedia untuk semua ini.. jaga syahreen juga ye..

kepada syahreen: jagalah zue baik2 kerana tatkala kamu menyakiti hatinya, sama juga seperti kamu menyakiti hati kami semua.. sentiasa bersabar dalam menghadapi cabaran dan tidak bertindak melulu k..

saya syangkan kamu berdua... tahniah my dear..


amik berkat zue.. :D

tahniah..

Saturday, December 19, 2009

Puyan boh (musim banjir)


Tatkala tibanya penghujung tahun, umumnya sudah mengetahui yang negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia akan dilanda musim banjir.. ia juga penanda peralihan monsun Timur Laut..musim banjir pun ada peringkat-peringkat jugak tau.. kalau tak silap wani, ada peringkat jingga, merah dan sebagainya. Itu untuk menentukan paras air yang naik.. kalau wani salah, sila betulkan ye.. hehe. Sejak kecil sampai lah umur macam ni, tiap2 tahun memang takkan terlepas dari musim banjir. Bezanya adalah paras air yang naik.. tahun ini sahaja musim banjir, negeri wani dilanda banjir 3 kali..ada 3 kali gelombang.. waktu hari raya Qurban hari tu, ada jugak yang beraya dalam banjir.. mereka jugak tak dapat buat ibadat Qurban sebab haiwan ternakan seperti lembu dan kambing dihanyutkan air..memang kedengaran agak lucukan. Tapi, itulah kuasa TUHAN.. tak ada siapa yang dapat menyangka dan menghalang....

Alhamdulillah, untuk tahun ini kampung wani tak lah seteruk tempat lain yang dilanda banjir. Banjir kali ini tak teruk sangat tak seperti tahun 2004 yang lepas. Kalau tak silap, tahun 2004 adalah banjir paling besar yang melanda kelantan sebab banyak kawasan yang dilitupi oleh air.. bukan setakat kawasan yang rendah sahaja, malah Bandar Kota Bharu juga dinaiki air.. setahu wani, itu memang banjir terbesar yang berlaku setelah hampir 20 tahun banjir besar sebelum itu.. pada tahun tersebut juga, kami menggunakan perahu di atas jalan raya sebagai pengangkutan.. kereta dan motorsikal diletakkan ditempat yang tinggi. Dan seperti yang sedia maklum, sekolah menjadi tempat pemindahan bagi mangsa banjir.. tapi, wani alhamdulillah masa tu tak payah pergi ke tempat pemindahan sebab rumah atas bukit. Jadi terselamat lah dari banjir.. heeheh.. kalau tak silap wani paras air kat atas jalan raya sampai la paras pinggang orang dewasa.. tinggi jugak tu.. kalau nak mandi, kena hati-hati sebab air tu dalam dan arus kuat .. rumah yang dekat kawasan rendah ada yang ditenggelami air sehingga menutupi paras bumbung.. ooh. Ada satu cerita kelakar.. ada sedara wani ni, dia keje baiki television. Jadi banyak la tv kat umah dia.. kebetulan pulak, air waktu ni naik dengan cepat dan mendadak..kami pun tak jangka dan tak buat sebarang persiapan pun sebab ingatkan banjir biasa je.. tapi, bila air naik mendadak ada beberapa barang yang dia tak sempat nak selamatkan termasuklah tv tadi.. rumah dia pulak ada kat bawah bukit dan dekat pulak tu dengan sungai..air yang naik pulak sampai ke paras bumbung rumah dia.. bila air dah surut, kami pun kemas la rumah dia.. tengok2 ada tv yang terlekat kat bumbung rumah..tapi, lepas tu dapat la buang tv tu..hhhaha..

Ada satu kisah disebalik banjir pada tahun 2004 ni.. sebenarnya wani terpilih ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk panggilan yang pertama. Kiranya kumpulan yang pertama la untuk tahun tersebut.. sebab PLKN ada 3 kumpulan bagi setiap sessi.. disebabkan banjir jugak lah wani punya tarikh pendaftaran dilewatkan seminggu sebab kem PLKN tu tenggelam banjir.. ala, tak jauh pun kem tu. Kat negeri kelantan jugak..huhuhu.. masa tu perasaan bercampur baur.. gembira sebab banjir dan boleh main + risau sebab tak gi daftar PLKN.. yelah, wani ni budak skema jugak la time tu. Takut kot kena denda ke apa ke.. risau jugak.. tapi, bila tengok berita semua kem penempatan yang terlibat banjir ditunda seminggu, apa lagi.. bukan main seronok la.. tak yah nak gi daftar awal2.. lagipun masa tu, takut nak gi sana.. sebab orang dok cakap yang bila gi PLKN kena denda la, buli la, tak best la, teruk la dan macam2 lagi la.. kecut perut jugak tuh. Tapi, bila gi sana.. lain pulak pengalaman yang dapat.. best sgt.. tak seperti yang dikatakan orang..hehe..

Lepas musim banjir, tak lama lepas tu negara dikejutkan jugak dengan kejadian tsunami.. kami dekat kem memang tak tahu apa2 sebab jarang sangat gi tonton tv.. tapi, bila baca paper, terkejut sgt.. teruk kerosakan yang jadi.. hurm..

Musim banjir ni umpama pesta air bagi rakyat di negeri pantai timur.. sebab boleh main air puas2.. waktu macam ni jugaklah banyakkan kes lemas yang terjadi..jadi, ibu bapa kena pantau anak-anak dengan lebih ketat...sebab kanak-kanak memang pantang nampak air..mesti nak mandi. Sama lah wani pun waktu kecik-kecik dulu.. sekarang ni pun sama jugak..hehe.. waktu banjir besar tu jugak tak kira tua atau muda hatta kanak-kanak semuanya main air.. kadang-kadang sampai tak mau naik.. mandi pun dengan air banjir.. memang kelakar..

musim banjir ni jugak menjadi punca rezeki bagi sesetengah orang sebab waktu macam inilah orang suka makan ikan sungai.. sebab kebanyakan orang akan menahan jaring atau pukat.. jadi, bila ada ikan, ia akan tersangkut dalam pukat tersebut.. wani pun pernah ikut atuk pergi menahan jaring.. memang best. Naik perahu, boleh kayuh.. kalau tak ada pengayuh, guna tangan.. memang seronok dapat main air..hehe. tambah seronok bila angkat jaring, ada ikan yang tersangkut di jaring.. bila kumpul2, dapat jugak la satu plastik besar.. boleh makan sampai 3 hari.. mana tak seronok, tengok jaring 2 kali sehari. Bila tiap kali pergi tengok, ada ikan yang melekat kat jaring...haha. fuh, ikan sungai memang sedap.. macam2 jenis.. wani pun kadang2 tak berapa kenal sangat..hehe. banyak jenis.. contohnya ikan keli, ikan puyu, ikan sepat, ikan semilang dan banyak lagi la.. tak ingat sangat. Tau makan je..hehe.

musim banjir jugak la waktu yang paling best makan ubi kayu. Waktu sejuk2, berbungkus dengan kain selimut..nak keluar rumah tak leh. Kalau keluar, demam pulak kena hujan..hehe.. jadi, apa lagi..makan tido je la kerjanya..haha. ubi kayu ni pulak kita rebus dan cicah dengan kelapa. Ada jugak kita buat sira ubi kayu.. cuba bayangkan ye..keadaan sejuk, ada ubi kayu pastu tambah pulak dengan air teh atau kopi panas.. syok habis.. :D

musim banjir ni jugak banyak sangat lintah.. macam2 jenis ada..jadi, pada sesiapa yang nak buat bisnes lintah, silalah datang waktu musim ni.. boleh pilih nak yang mana.. nak kecik, besar.. datuk lintah, nenek lintah, ayah lintah, anak lintah..semua ada...hahah. :D

sekian sahaja tentang banjir..hehe. tapi, wani takde gambar tentang banjir tahun 2004.. kalau nak tengok. Rujuk la arkib surat khabar.. rasanya mereka ada simpan..heheh

11 november 2009


Tarikh ini mengingatkan wani pada 11 november 2007. tarikh ini ada makna yang tersendiri pada wani.. sebab ini tarikh perpisahan wani dengan kawan2 yang sama2 belajar kat dungun. Memang terkesan sikit dengan perpisahan tersebut sebab lepas tu kami akan pergi praktikal kat tempat lain2. masing2 ada kat organisasi yang berlainan.. alhamdulillah, tali persahabatan kami masih kuat sebab lepas abes praktikal, kami dapat sambung pengajian dekat fakulti dan kampus yang sama walaupun berlainan course.. alhamdulillah, kami dapat duduk sama lagi. ;)

Sayangnya dari 8 orang hanya tinggal 5 sebab wan dengan za tak sambung, dorang keje dulu.. yani pulak sambung kat universiti lain.. Waktu 1st tu, orang lain semua sibuk nak mintak hostel tapi kami pulak sibuk cari rumah sewa. Nak merasa duduk rumah sewa pulak sebab diploma dulu 2 tahun setengah duduk dalam hostel, jadi nak cari kelainan la pulak..hehe. setelah puas mencari, alhamdulillah.. dapat jugak kami duduk satu rumah sama2.. bila dah jauh dari family, masing2 kerjasama dan pakat2 jaga keselamatan diri dan orang lain macam citer wonder pet.. apa yang penting? Kerjasama!!.. hahah.

Wani, zue dan umi dapat satu course yang sama.. fia dan wani perak pulak dapat satu course yang sama.. mula2 tu macam tak best je sebab dapat lain2, tapi takpelah.. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan DIA sudah pun merancang sesuatu dengan sempurna.. Cuma kita kena redha dan ikut flow yang sudah di aturkan..

Okey, berbalik semula pada cerita 11 November tadi...

Tapi tahun ni pada 12 November 2009, kami semua berpisah sekali lagi. Tinggal la fia dengan wani perak je kat puncak alam sebab wani, umi ngan zue akan pergi internship utk kami punya course. Lambat satu hari dari tarikh yang pertama.. wani, zue dan umi balik dulu sebab kami dah abes paper.. fia dan wani perak lambat sikit abes jadi dorang balik lambat sket..

Itu secebis kisah tanggal 11 november utk wani..hehe..

Sekarang wani dah mula merindui kamu semua.. terima kasih sebab sentiasa berada di sisi wani waktu susah dan senang ye.. harap persahabatan kita akan kekal sampai akhir hayat.. semua kenangan ini akan wani simpan dan menjadi kisah klasik di masa depan utk diceritakan pada anak cucu kita.. :D

Sunday, November 15, 2009

Menghoyan dan mabuk2 ayam..

Entri kali ni dah lama tulis. Waktu tengah amik final exam hari tu.. tapi tak lama pun. Minggu lepas je. Tapi tak sempat nk post, internet connection tak stabil + keadaan tak mengizinkan nak post time tu..hehe


Pelik tengok tajuk kat atas kan? Hahaha.. inilah ragam budak2 yang nak amik exam tapi tertekan sebab:


  • exam yg lepas tak dpt jawab
  • tensen study tak masuk
  • pening nak baca yang mana, bnyk sgt lagi tak baca dan takut tak sempat abes
  • sajer suka2 nak kacau kawan2 yang tengah study..


itu antara beberapa ragam budak2 kat hostel terutama skali kat apartment ni.. termasuklah org yang post entri ni..hahaha. selalunya perkara macam ni berlaku bila datang nye musim final exam. Masa inilah semua kenakalan keluar tapi tak leh la nak keluarkan semua.. kalau nak kacau pun, kena pilih member yang satu kepala.. kalu tak nanti, sia2 je kena marah sebab kacau orang tengh study..ehhehe..


tapi, memang tak dinafikan perkara2 macam ni nanti akan dirindui bila dah habis belajar.. yelah, zaman belajar la paling indah tak kiralah di manapun tahap kita belajar.. sekolah rendah, sekolah menengah, universiti..semuanya ada ragamnya yang tersendiri.. semuanya ada kenangan yang tersendiri… heheh.. lucu bila ingat balik semua kenangan waktu zaman kanak2 kat sekolah.. nakalnye mengalahkan budak2 lelaki..cikgu pun pening…


pernah seorang senior berkata pada wani.. “Dik, awak kena hargai waktu awak belajar ni. Rebutlah peluang yang ada waktu awak bersama2 dengan teman awak. Nanti bila dah habis belajar, susah utk berkumpul semula.. masing2 dah ada komitmen.. duduk jauh pulak tu. Jangan jadi macam saya.. rindunye saya waktu dulu..” kenapa dia cakap macam ni? Sebabnya wani bercerita pada dia keseronokan kami keluar jalan2 dan tengok movie papadom lakonan afdlin shauki..


memang tak dinafikan. Zaman belajar ni indah. Sekarang ni dah mula rasa rindu pulak nak tinggalkan zaman belajar ni. Rasa sayu pulak nk berpisah dengan kawan2..yelah, byk benda kami dah harungi bersama.. dari zaman diploma sampailah ke ijazah. Semuanya ada cerita yang tersendiri.. wani akan pastikan saat2 terakhir kami akan berlalu dengan manis dan menjadi sebuah kisah klasik utk masa depan..hehehe.. tapi persoalannya.. boleh ke?? insyaALLAH…

sebenarnya setiap orang ada watak yg tersendiri waktu final exam ni.. antara watak2 yang bertuah ialah..


wani perak sebagai Pengetua..

piah sebagai Dutchlady

zue sebagai cikgu disiplin

achik sebagai cikgu besar

ummi sebagai pencuri hati

aku sebagai ??????? (takde watak) ahhaha


kenapa wani perak dipanggil pengetua? Sebabnye cikgu disiplin akan report segala perbuatan aku yang menjurus kepada “main-main @ tak study @ tido” kepada pengetua.. cikgu disipin akan memastikan semua keadaan terkawal..eheheh.


piah pulak sebab dia suka pakai “kain key (kain yang dilipat menjadi segi tiga)” seperti model susu dutchlady.hehe.. achik pulak sebab suka sgt menjerit macam cikgu besar..hahah. umi pula telah mencuri hati seseorang.. betul ke? Tak pasti.. (jgn marah umi ye.. main2 je ni..haha)


waktu final exam semester ni lain sket sebab dok kat hostel.. semua kelengkapan nk belajar sudah disediakan macam kerusi yang selesa, meja yang sesuai dan tak ketinggalan keadaan katil yang selesa.. kat tilam tu tertulis sweet dream.. dan tak dinafikan jugak memang best tido kat tilam tu.. siap mimpi best lagi..sangat3x selesa..haha. sebab tu bila time nak regangkan otot2 waktu study jangan duduk kat atas katil.. mau tertido terus dibuatnya..hehe. orang lain tak tau la.. tapi wani, memang konfirm. Pastu bangun pulak awal pagi dan terus pergi mandi. Mengigil badan menahan kediginan air dan keadaan.. pastu lepas mandi, sambung study lagi..sampai lah tibanya hari exam..itulah cerita final exam kat puncak alam ni.. memang la best..

Friday, October 23, 2009

Final Exam..

Pejam celik..pejam celik..dah hampir 4 bulan wani belajar utk sem ni.. mcam tak percaya pulak.. rasanya hari tu baru je angkut barang2 utk register kolej.. tapi sekrang dah nak angkut bawak balik umah pulak..hehe..cepat betul masa berlalu.. sungguh tak disangka, umur pun dari hari ke sehari sudah semakin tua.. argh..tak bersedia lagi nak tinggalkan alam remaja.. nak enjoy kehidupan remaja lagi..hehehe..

dalam diam tak diam, setelah segala bagai assignment dan project..tibalah masa utk final exam pulak..sesi uji kaji akan bermula minggu depan utk menentukan tahap kefahaman kami utk subjek yang dipelajari semester ini..huhu.. alangkah bestnya kalau malaysia tak mengamalkan sistem peperiksaan.. mesti semua orang lulus dengan cemerlang dan jayanya..heheh.. takpelah..untuk masa depan yang cerah, rasanya mesti ada kot sistem ini..kalau tak, mesti kita takkan belajar..yelah, minat utk belajar tu datang sendiri agak payah kot kalau dipupuk..asyik nk kena ketuk je..biasalah..kadang2 terlupa..eehehe

hurm.. rasanya nk abeskan minggu2 terakhir pengajian dan final exam ni agak payah jugak. kena ada semangat yang kuat dan kental.. kalau tak, tak tau la boleh survive ke tak.. apa yang penting?? plan dari awal.. hehe.. seperti ada kata iklan tuh.. rancang perjalanan anda supaya selamt sampai ke destinasi..heheh.. apa daa.. mengarut dah ni..haha..

semoga minggu2 yang sukar ni akan dapt ditempuhi dengan jayanya sebelum bercuti bagi merehatkan minda..heheh

Sunday, October 18, 2009

Event..

ada lagi benda besar yang terjadi..pada 15 October.. wani punya event utk subjek current issue.. tapi, event ni last minute punya lulus proposal.. itupun setelah beberapa kali bertemu dengan pihak atasan, akhirnya lulus.. tapi yang menjadi masalahnye ari khamis event, ari isnin baru luluskan.. mane tak pening dan pengsan kita nak siapkan segala2nye.. rasa macam nak marah pun ada..tapi, nak buat macam mana.. dalam keterpaksaan itu, event tersebut berjalan juga.. kalau tak jalan, makna kata.. kami semua terpaksa repeat la paper itu disebabkan oleh event semata-mata..

team members pun bekerja semakin kuat sampai setiap hari tido lewat pagi.bukan lewat malam..tapi lewat pagi..ehhehe..kelas di waktu siang yang full dan assignment yang bertimbun-timbun ditambah lagi dengan kerja event yang last minit tadi.. sangat la kelam-kabut.. walaupun kita dah buat preparation dari awal, tapi oleh kerana tidak mengikut format sebenar.. terpaksa la kita buat semua kerja lagi sekali..huhuhu.. tak sabar nak cuti..rehatkan badan.. penat bila tak cukup tido dan tension dengn kerja yg sgt la banyak.. lepas tu, orang lain tolong kalut dan risaukan kita punya part.. rasa mcam nak telan je semua orang bila kita tengah tension dihujani dengan pelbagai persoalan..hahah.. tapi, itulah pengalaman.. moga2 pengalaman hari ini boleh digunakan di lain hari..

akhirnya setelah bertungkus lumus, event tersebut dapat dijalankan.. walaupun tak seberapa hebat tapi syukur..akhirnya event tersebut boleh berjalan dengan jayanya.. banyak tanggungjwb yang harus dipikul sampaikan rasa mcam tak terbuat.. tapi, nasib baik semangt kuat lagi.. boleh jadi pengubat sikit2.. tapi, ada jugak yang tak best dengan event kali ini.. semua orang tak respect antara satu sama lain.. lepas tu ada pulak yang jadi talam dua muka..depan kita cakap lain.. tapi kat belakang kita.. jaja cerita kita mcam pisang goreng panas..tak tau lah apa manfaat yand dia dapat sampaikan sanggup buat macam tu.. tapi, takpelah.. biarkn dia.. sampai bila dia boleh bercakap dan menjaja keburukan orang lain kerana tak mustahil satu hari nanti orang akan nampak dia yang teruk kerana menjaja cerita yang tak sepatunya tuh.. tambah lagi sakit bila semua orang nak tunjuk pandai..kononnya dia lah yang paling bijak dalam mengatur dan menguruskan event..kalah budak yang amik course event..dia lagi pandai..huhu

entahlah..kadang2 tak faham dengn perangai manusia..bila kita buat baik, di umpat dan di keji.. bila kita jadi jahat, sama jugak..jadi jalan yang terbaik..pekakkan telinga dan butakan mata..buat2 macam takde apa2 walaupun kat dalam hati dah separuh menggelegak..tunggu masa nak meletup je..hehhe.. lepas dari event, terus tido sampai tak sedarkan diri..ada gak la dlm 4 jam tido..hehe. lepas tu bangun dengan penuh perasaan yang tidak bersalah..macam takde pape... ehhehe. rasanya untuk event kali ini, wani dah curahkan sepenuh masa dan tenaga.. dan at the end event ni lancar.. alhamdulillah.tak sangka dan rasa seperti mimpi.. rupa2nya wani pun boleh buat macam orang lain jugak.. hanya perlu keazaman dan semangat yang tinggi..hehe




kursus kawen..

weekend ni jadual terisi dan penuh dengan aktiviti.. 17 & 18 October ada kursus kahwin.. wani join la ngan member2.. sajer nak dapatkn sijil kahwin dulu walaupun bukan utk kahwin dalam masa terdekat ni..lagipun sijil kahwin takde expired date. so, boleh kita simpan utk jangka masa yang panjang.kiranya nak kahwin nanti, tak yah gi kursus lagi dah.sebab dah amik walaupun takde pasangan pun lagi..ehhe. banyak jugak la ilmu pengetahuan yang ditimba dari ustaz2 yang berpengalaman.. banyak ilmu yang mereka perturunkan.. rupanya bukan senang nak kahwin ni..

banyk benda yang harus kita fikirkan. masing2 kena bersedia untuk pikul tanggung jawab dan amanah yang diberikan.. lepas pergi kursus ni barulah bertambah sikit ilmu tentang rumah tangga.. susah juga kalau suami dan isteri yang berkahwin takde ilmu rumah tangga.. silap2 haribulan, kahwin tak sampai setahun.. bercerai..nauzubillah... tak nak la macam tu.. membina masjid tu perkara yang baik.. kenapa kita pula nak robohkan setelah kita bina?? tapi itulah yg terjadi jika kita takde ilmu rumah tangga..

pengisian utk ceramah majis ni memang best.. banyak benda yang tak tau jadi tau.. lagipun, ustaz yang bagi ceramah pun dah terangkan dengan panjang lebar sewaktu ceramah..jadi terbuka la sikt mata tentang erti perkahwinan..hehehhe.. tapi, sakit perut manjang waktu join kursus kahwin ni..yelah, ustaz asyik buat lawak sehinggakan kita tak kering gusi gelak dengan lawak jenaka.. lagipun cara penyampaian mereka santai dan jelas utk kita fahami.. harapnya dapat praktikkan segala yang ustaz ajarkan bila dah kahwin nanti..hehe.. tetiba rasa macam teruja pulak nak kahwin..hehe. tunggulah..nanti mesti datang masa yg sesuai..hehhe. tetiba gatal pulak..

pada mereka yang tak pergi lagi kursus kahwin, pergi la.. walaupun datang sorang diri.. sekurang2nya kita ada ilmu sedikit dan bersedia untuk kahwin..sebab menurut kata ustaz, rugi kalau kahwin lewat..hehehe..


Dinner MPG

9 Oct 2009 yang lepas, kami semua budak2 final year diraikan dalam satu majlis yang dinamakan Malam Pra Graduan.. majlis tu dibuat di The Summit Hotel, Subang USj. tema utk majlis tu"celebrity wannabe". jadi ramaila celebrity dari luar dan dalam negara yang berkumpul di hotel the summit malam tu.hehehe. ada ruffedge, akon, ekin dan ramai lagi la.. kalau nk tulis kat sini, confirm ramai. tak muat space nanti..hehe. tapi, best la majlis malam tu..sekurang2nya.. dapt la legakan seket stress yang tengah sarat di tanggung..hehe.

celebrity yang berjaya wani tiru malam tu x tau la sape..hehe. sebab tade celebrity pun nak ditiru..heeh. jadi la diri sendiri. senang. tak yah nak fikir fesyen ape nak pakai..ehehe.. malam tu pakai baju corak ala2 batik..macam orang kerajaan sikit..hehe. setiap majlis rasmi pakai baju batik kan? tersangat la formal malam tu..haha..malam tu, kami dijamu dengan makanan yang sedap2.hehe.ada satu cerita yang lucu dan kelakar.. alkisahnya!! wani ni jenis yang tak makan kambing..sebelum ni la.tak tau la kenapa dan apa sebabnya wani tak makan kambing..sebelum ni, abah ngan mak selalu bohongkan wani barulah wani makan kambing.. tapi lepas dapat tau lauk itu sebenarnya kambing, teruslah rasa macam loya.. itu sebelum ini.. baca dulu.citer tak abes lagi..hahah.. nak dijadikan cerita, malam dinner tu ada lauk kambing panggang dengan sos black paper.. bila tengok dia punya menu, terus terbayang tentang kelazatan sesuatu yang dipanggang dengan bersos black paper..hehe.. tetiba rasa macam nk mencuba je kambing panggang tuh.. yelah..ramai orang dok kata kambing tu lagi sedap dari segala lauk yang ada..hehe. maybe sebab hotel yang masak kot..itu yang jadi lagi teruja nak makan..hehe.dengan penuh keberanian.. wani amik lauk tu.. then, try suap kat mulut.. hurm, sedap jugak.hehe.

alhamdulillah, akhirnya wani berjaya membuang rasa takut untk mencuba daging kambing..hehe. lepas ni boleh la cuba lagi..hehe.. tapi, biasalah. harga dia lagi mahal dari lauk2 yang lain.. pengalaman pertama yang seronok dan excited.. tapi, yang tak tahannye..lepas tu kena perli ngan zue dan kawan2 yang lain..hehe. takpe.terima je la. nak buat macam mana..baru terbuka hati nak makan kambing..hahah.

malam tu, organizer event ni jemput amylea, AO project dan kumpulan ruffedge datang buat persembahan kat situ. actually, ramai lagi yang menyanyi.. tapi tak ingat la sape dia lagi..hehe. tapi, waktu persembahan ruffedge, memang enjoy gila..wani siap tarik umi dan achik gi depan stage.. kami menyanyi same2 ngan ruffedge..nak lepaskn stress, nyanyi kuat2 ngan dorang..tapi, takde la sampai naik atas stage..hehe. cukupla sekadr menyanyi dibawah.. at least, dapat lepaskan tensen sudah..hehe. tapi, overall malam tu memang best. memang tujuan utama nak gi situ nak makan pun. jadi bila tiba time dihidangkan makanan, memang tak ingat dunia makan..hehah. itula sikit sebanyak.. kenagan utk sem 5 ni..hehe. gmbar tak dapt nak letak lagi.tunggu la lain kali ye..hehe


Tuesday, October 13, 2009

raya..

rasanya tak basi lagi kot kalau eden nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua kawan2..heheh.. takpe.. puasa kan sebulan.. jadi raya pun sebulan la.nape nak raya sekejap je? tak best la..

dulu2..masa kecik2.. selalu susun jadual nak gi beraya umah sape.. nak kutip duit raya + makan kuih raya yang sedap2 sekali..hehe.. indahnye saat itu..tapi sekarang, dah tak leh nak kutip duit raya dah.. semua orang tak nak bagi..sebab dorang cakap eden ni dah besar..huhuhu..sedih.. patutnye orang yang dah besar ni la lagi layak dpt duit raya..yelah..sebab dah pandai pegang duit sendiri..kalau kanak2 tak reti..last2 mak ayah tolong pegangkan..hahahah..

sempena syawal yang mulia ni masih ada.. nak tanya seket! ada sape2 nak bagi duit raya kat wani tak?? ahhaha.. nampak gaya macam takde orang offer pun..haha. takpelah.. bersedia la utk terima kenyataan yg diri ini tak mungkin akan dapat duit raya lagi..heheh..

ni sedikit gambar raya.. tengok la..hehehe


mak bermaafan dengan nenek & atuk..hehe

Monday, September 14, 2009

suka ria part II

hari ahad last week pergi jalan TAR sebagai salah satu xtvt utk melengkapkan lagi adegan suka ria kami..hehe.. bila dah sampai sana.. mak oih, memang terkejut gila. nape ramai sgt orang ni?? peningnya.. nak jalan pun susah.. nak pilih baju pun susah.. aiyak.. tengok jam baru je pukul 10 pagi.. nape ramai sgt orang ni?.. omel dlm hati sorang2..haha. agaknya semua orang nak shopping raya kot.. itu yang buatkan suasana kat situ meriah dan sesak ngan orang..

pilih, round2.. tapi itu semua kat sebelah luar je.. tak masuk yang kat bahagian dalam antara kedai2 kat situ.. nak cari selendang, tapi xjumpa yang berkenan di hati..tengok je uda pilih barang2 dia.. semua barang cantik2..macam nak gila pilih barang2 kat situ.. cuma,bila fikirkan bajet yang tak mencukupi.. sabar je lah.. tahan je diri..haha.. tapi, serius.. balik tu penat gila..tak de tenaga pun..haha..tp syok la boleh gi jalan2..

Sunday, September 13, 2009

suka ria..


diam tak diam tak lama je lagi bulan ramadhan akan pergi meninggalkan kita dan bulan syawal bakal menjelang tiba.. bergembiralah pada siapa yg dapat mengerjakan bulan ramadhan dengan sempurna.. sekurang2nye.. dapat juga kita berbuat amal kebaikan yang berlipat ganda pada bulan ini.. kalau dulu, nak gi semayang kat masjid pun liat.. tapi skarang ni, bila bulan datangnya bulan ramadhan..kita semua berlumba2 utk kesana bagi menunaikan solat terawih.. alhamdulillah.. kita diberi kelapangan masa utk menunaikan semua tanggung jawab tersebut..

last weekend, wani balik shah alam.. bulan ramadhan dah nak abes, baru berpeluang berbuka puasa dengan along.. lagi meriah bila dapt keluar sama2 dan menghabiskan sisa-sisa malam dengan berkongsi apa saja cerita terkini.. rumah uda juga meriah dengan gelak tawa kami bertiga.. wani, uda dan along berpeluang berbuka puasa di Pizza Hut sacc mall.. dah lama merancang, akhirnya kami berpeluang juga ke sana.. yeeha.. seronok tak terkata.. pada waktu siangnya wani berusaha sedaya upaya menghabiskan kerja yang ada kerna hari isnin sudah pun sampai due date nya..alhamdulillah..

kami ke sacc mall selepas waktu berbuka puasa sebab tak nak rush utk solat maghrib.. kiranya boleh la makan puasa2 nanti.. bila dah sampai ke sacc mall, dengan langkah yang penuh bergaya menuju ke meja.. tetiba di sapa oleh seorang waiter kat situ.. "minta maaf kak.. sekarang ni semua meja sudah penuh. semua dah pun di reserved oleh orang lain. kalau akak nak, kena book dulu la kak.. ".. terkejut dan heran bagaimana dia boleh panggil akak sedangkan aku ni kelihatannya lebih muda dari waiter tersebut.. takpelah..layan je.. kang, lain citer pulak.. lepas tu keluar sekejap, fikir macam mana.. semua dah meja dah full. macam mana nak makan pizza ni? erm.. selepas lama berfikir, then aku masuk balik.. "abang, agak2nya pukul berapa baru ada meja kosong ye? kalau saya nak book macam mana?" penuh sopan aku bertanya sambil tersenyum.."erm.. akak bagi nama, no fon dan berapa orang nak makan kat sini.. pukul 8.35 nanti, kami call akak kalau ada kosong.." okey, terima kasih.. tengok jam kat tangan baru je pukul 8 malam.. mak aih.. lama lagi nk kena tunggu ni.. aduhai.. takpelah..

kat ruang legar di sacc mall kedengaran riuh rendah.. ingatkan kenapa.. untuk menghilangkan kebosanan, pergi la menjenguk sekejap.. uda dan along tak sampai lagi.. on da way lagi.. kiranya wani la ditugaskan utk menchopkan tempat kat pizza hut dulu..haha.. tengah berjalan tu, ada satu suara merdu menusuk telinga.. suara orang tengah menyanyi.. makin kuat rasa ingin tahu apa yang sedang berlaku.. bila je sampai kat ruang legar tu.. tetiba terpaku.. rasa macam tak percaya dengan apa yang ada didepan mata.. oooh.. IMRAN AJMAIN rupanya..patutla suara merdu je.. hahha.. melekat la kat situ sambil pegang kamera. ape tunggu lagi.. 1,2,3.. klik..klik... snap la gambar dia..tak ketinggalan jugak, amik video dia tengah nyanyi.. terpukau sekejap..hahha. tak lama uda dan along sampai.. pastu terangkan kat dorang sal pizza hut tadi.. terus heret tangan dorang tengok show imran kat stage.. wani yang ditugaskan utk merakamkn show tersebut..yelah, camera ada dengan wani..hahaha.. sori la.. tak dapt nak upload video tersebut..hehe..take a look ye..


pastu kami gi makan.. makan dengan gembira..hahha.. banyak jugak la makan.. tapi yang pasti, ceria dan best sgt..hehee..dah siap makan, ape lagi.. balik la umah.. pukul berapa nak duduk kat situ. orang pizza hut tu pun nak balik umah jugak..ngantuk..nak tido..haha

waktu tengah tunggu uda amik tu...sempat la lepak jap depan plaza perangsang.. mak aih.. ramainya orang.. keta pun bersesak dan susah payah nak cari parking.. ingatkan makin malam, makin orang takde..sebab dah balik umah masing2 kan.. tapi, apa yang berlaku disebaliknya pulak.. sedangkan masa tu dah pukul 10.30 lebih.. masih lagi happening suasana kat situ.. then, teringat kat negeri sendiri.. masa ni memang takde orang dah..kedai pun dah tutup.. suasana pun dah sunyi sepi.. tapi, kat sini lain pulak..haha.. kebetulan malam tersebut malam minggu, jadi ramai la orang keluar cari barang2 persiapan utk hari raya yang bakal menjelang tiba nanti.. suasana riuh dari penjual2 dan alunan lagu raya menghangatkan lagi suasana malam tu.. heheh.. itulah yang terjadi pada bandar2 besar.. siang atau malam sama je.. tak kisah pun.. kalau kat kelantan.. tak ada orang kot nak datang beli bila dah pukul 10 lebih.. memang dah tutup melainkan kedai kat wakaf che yeh yang sememangnya beroperasi pada waktu malam.. heeeheh

sebelum..

sesudahnye..hahah


Imran Ajmain

Uda dan Along.. tak sabar nak tunggu mkanan smpai

Makan dengan penuh bermakna..



Thursday, September 10, 2009

090909..

cantik bukan dengan tarikh kat atas tu..sekali dlm seumur hidup.. lepas ni takkan berulang lagi dah.. huhu.. ada cerita disebalik tarikh tu.. sedih + hepi sket..huhu..

ok.. bermulanya sebuah cerita.. di pagi hari dalam kelas.. dpat satu berita yang agak mengejutkan. how come it become like that?? huh..so bad... unexpected result utk kuiz 1 BPR..dan sebab benda tu jugak, wani rasa tak berapa hepi sgt for the whole day.. hari ni jugak la time table full gila.. byk benda nak kena buat dlm hari tu.. rasa cam tak de tenaga.. nasib baik ada kopi goji.. (Promote kopi ustaz..haha) tambah tenaga sket..hahah. jadual utk hari tu.. kelas BPR di pagi hari.. then, sambung ngan CTU lak.. ada presentation dari kwn2.. rasa terhibur sket coz dorang memang kreatif sewaktu mempersembahkan hasil karya dorang..rest jap.. sambung kelas Quality.. then, saat genting skali lagi.. test performance.. kul 4.. fuh, time cam tu kena perah otak.. soklan pun mencabar.. rasa mcm terkedu bila dpt soalan.. mak oi.. susah.. huhu.. takpe.. jawab je..janji ada jawapan.. better dari tinggal kosong je soalan tuh..haha.. then, rushing nak gi berbuka puasa lak.. buka posa utk satu kelas..adoyai.. berkejaran gila.. tapi.. ada satu peristiwa yang melucukan.. wani tumpang keta classmate utk gi berbuka puasa..fulamak!! memang rempit la bwk keta.. kalu orang lain rempit ngan moto.. tapi kami rempit ngan keta.. rasa mcam nak tercabut jantung.. selagi tak sampai ke tempat yang dituju, selagi tu rasa mcam tak selamat je..haha. tapi, dalam ketakutan tu..sempat lagi cakap ngan dia.. "nurul, bawak pelan2 sket.. kami tak kawen lagi ni.. kang tak sempat kawen lak".. hahha..

kami pun makan la kat satu kedai ni. kat saujana utama.. sampai tu makanan semua dah ready. sebab dah ditempah awal2.. tapi, tak berapa menepati cita rasa atau dlam kata yang lain.. tak berapa sedap..ehehe.. takpelah..janji dapat gak makan dari takde makanan langsung..syukur alhamdulillah..hehe..balik kolej, rush pulak nak gi buat discussion utk subjek change.. kena buat cepat2 sebab lepas tu research pulak sedang menanti..dah settle, buat la research.. tapi, group member masing2 dah penat.. muka masing2 pun seposen je..gagahkan diri jugak nak siapkan keje tuh.. bila dah settle, terus tido dan pengsan sampai ke pagi..hahah..


sgt suka bila dpt tido..

Thursday, September 3, 2009

Frustrated..


adakah anda pernah mengalami perasaan ini? wani slalu je.. nak2 bila dah buat keje, tapi ada lagi kurang kat mane2 part.. sama la mcam semalam.. argh3x.. ingatkan dah ok, tapi ada lagi kurangnye.. bila dah siap dan dah beres pun ngan presentation.. baru la idea tu membuak2 datang nak letak itu..nak tambah ini.. sebelum tu takde pun..huhu. lagi la sakit bila itu adalah group punya projek.. markahnya effect kat semua orang..tapi, amik buat semula pun tak leh dah.. so, pujuk je lah hati.. sabar2x.. mungkin semua ini ada hikmahnya.. lain kali beringat.. plan betul2 supaya semua benda menjadi.. usaha gigih sajer pun tak cukup kalau takde perancangan yang sepatutnya.. i felt useless at that moment.. sorry geng.. itu je mampu diluahkan..

kad raya

semalam baru je siap basuh baju dan dalam keadaan basah tu.. tetiba dengar orang ketuk pintu umah.. hai, macam nak pecah pintu ketuknya.. sangat kuat ye..hahha. bila gi bukak, rupa-rupanya Farah yang ketuk. datang dengan pakai baju tido.. dah bersedia untuk tido agaknya.. maklumlah dah pukul 10 lebih masa tu.. agaknya nak tido awal kot.. biji mata rasa berpinar2 pada satu sampul putih yang dihulur oleh beliau..teka ape dia? jeng3x.. kad raya..hehe.. yeay!! sgt excited bila tengok benda tu.. itu kad raya pertama tahun ni.. walaupun benda tu mcam ala2 tradisional, tapi terharu bila dapat.. hepi semacam..hehe

agak2 tahun ni dapat ke tak kad raya.. yelah, sekarang ni mana ada orang nak hantar kad raya dah.. orang sekarng lebih suka pilih cara teknologi..jimat, mudah, senang dan cepat.. tak yah nak susahkan posmen gi cari alamat umah si penerima..hehe... tapi, bagi wani.. lebih suka cara tradisional.. lebih mengharukan..hehe. tahun lepas dapat 5 keping je.. agaknya lagi sket kot.. sebabnya ekonomi meleset..haha... kawan2 pun antar ucap selamat hari raya pakai sms je.. hahah..


kad raya digital by kartunis ubi..
nak tengok lebih lanjut? sila la jenguk ke laman web ini. confirm.. puas hati
http://kadraya.kartunisubi.com/index.php?ref=abooain

Wednesday, September 2, 2009

Salah siapa...


Pada hari sabtu yang lepas, wani pergi UM teman uda buat dia punya overtime..sewaktu dalam perjalanan pulang, tiba-tiba mata wani tertarik pada satu papan iklan yang besar..oleh kerana papan itu besar, jadi dari jauh kita sudah boleh membaca apa yang ingin disampaikan.. di papan tanda tersebut tertulis.. "Jin Notti.. akan menjelma di pawagam 20 September 2009.." filem Jin Notti tersebut dilakonkan oleh mawi dan farah fauzana.. masa tu jugak terlintas di fikiran saya tentang tarikh 20 september tu.. itu bukan ke tarikh kita semua umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri?..

kenapa la dalam banyak2 tarikh, mesti pilih tarikh tersebut? ceh..tetiba jadi emo dan marah2.. tiba2 juga teringat tentang satu artikel yang pernah dibaca.. kenapa budaya kunjung mengunjung semakin berkurangan sekarang.. pada pendapat saya.. media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik golongan muda dan masyarakat malaysia masa kini.. wani berkata-kata dalam hati..macam mana la budaya kunjung mengunjung semakin pupus pada hari raya sedangkan pada masa tersebut la kita semua berlumba-lumba untuk balik ke kampung.. semua sanak saudara berkumpul di satu tempat yang sama..di mana silapnye?

ya... salah satu sebab, wani sudah nyatakan di atas..kenapa pilih hari itu untuk ditayangkan filem tersebut? wani pun minat juga dengan mawi dan fara fauzana walaupun tak fanatik sgt.. tapi, wani sedikit kecewa..kenapa stesen tv berlumba-lumba untuk menyiarkan pelbagai drama, telemovie dan filem yang menarik dan best.. itu membuatkan orang makin sayang utk meninggalkan tv.. sebabnya kenapa? takut ketinggalan apa yang telah disiarkan di kaca tv.. (benda ni pun berlaku pada diri wani sendiri)..heheh..namun, rasa kecewa tu tetap ada.. contoh terdekat la.. diri wani sendiri.. kalau sedara mak yang jarang jumpa.. tak ingat nama dia.. ingat pun muka je.. bila jumpa kat mana2 tempat.. balik umah mesti cakap ngan abah or mak.. "mak, tadi angah jumpa orang tu.. ala.. dia pernah datang rumah kita.. tapi tak ingat la nama dia.. ingat muka je.." disaat itu jugalah wani menerima ratusan peluru AK-47 dari mak.. nape tak ingat la.. apa la.. itulah.. bahaya sungguh kesan media massa pada kami golongan remaja.. untung juga wani dilahirkan sebagai budak kampung.. at least, ada juga tempat untuk wani pergi beraya.. kalau kat bandar, nak pergi beraya umah siapa? lagipun semua orang dah balik kampung.. mane ada orang.. harapnya pihak media massa dan stesen tv lebih teratur dalam penyusunan tayangan... supaya masyarakat masa kini tahu apa makna aidilfitri.. aidilfitri bukan sahaja untuk merayakan kita habis berpuasa sebulan.. tapi untuk kita nilai sendiri makna disebalik aidilftri (*_*)

Thursday, August 27, 2009

merdeka...

masuk ni dah 52 tahun kita merdeka.. dan masuk tahun ini jugak, abah pun dah usia 52..heheh.. cepatnya masa berlalu.. rasanya baru je hari tu tengok abah muda lagi.. tak sangka masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari.. waktu sekolah menengah dulu, suka sangat bangun pagi2 semata-mata nk tengok orang smbut merdeka kat tv.. tercongok la depan tv ngan abah..tanya dia mcam2..itu ape, ini ape.. semua la..tapi, skrang tak lagi.. masa membatasi segala-galanya..semangat patriotik tinggi.. tengok je perarakan tu, kita pun rasa macam ada gak kat tempat tu. yelah, tv1 buat siaran langsung.. jadi, boleh la tengok wlpun dari jauh..ahahha..

kdg2, diri ini terfikir2.. merdeka hanya pada nama tapi tahap pemikiran masih lagi di takuk lama. segala-galanya masih lagi dijajah.. mungkin kita tak perasan, tapi itulah realiti yang harus diterima.. kita tengok, negara kita tak de la angkat senjata lagi macm kt luar sana tu.. tp dari segi lain..byk.. cuma kita je tak tau dan tak perasan. siapa la wani utk persoalkan benda ni.. tapi, sebagai rakyat biasa dan sorang manusia.. terpanggil utk mencoretkan serba sdikit ttg ni.sbgai contoh.. nape ahli politik kita masih lagi terbabit dengan rasuah? sdgkan kita tau rasuah itu tak bleh.. ntah la. pening kepala bila tengok gelagat dorang.. orang kata politik itu kotor? betul ke? wani pun tak tau sebab tak masuk lagi dlm arena politik.. hahah.. tp rasanya, terpulang pd individu..sebab tak semua orng mcm tu..

harapnya wani masih lagi boleh mengulang kenagn merdeka di waktu akan dtang.. tengok acara sambutan merdeka dengan abah dpan tv.. melaungkan smgt merdeka dlm diri.. menanamkan sifat patriotik dlm diri.. betapa bertuahnya dapt hidup di bumi malaysia yg aman damai ni.. betapa kita kena menghargai segala jasa2 pejuang dulu dan kemudahan yg kita dpt kecapi skrang hasil dari penat lelah mereka di masa dulu..

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
YANG KE-52 MALAYSIA

citer di bulan ramadhan..

Hari ni genap seminggu kita semua berpuasa. cepat betul masa berlalu. dan diri kita juga semakin tua dari hari ke sehari.. alhamdulillah.. setakat hari ini, berjaya mengharungi ibadah yg diwajibkan ini dgn jaya.. heheh..


sepanjang minggu ini jugak la satu hari je miss berbuka puasa dengan nasi kerabu.. pergh.. kecur air liur bila cakap pasal makan.. agaknya dah obses dengan nasi kerabu kot..haha. sebelum ni tak pernah2 makan nasik kerabu setiap hari berturut2.. satu pencapaian yang hebat jugak la kan..hahah. tak tau lah kenapa.. agaknya terkena sumpahan dengan nasik kerabu kot.. kalu sebelum ni, mungkin 1 or 2 bulan skali dpt makan.. sebabnye kalu nak makan, kena balik kg dulu..kat sini susah nk jumpa menu tu.. hahahah.. kalu cakap kat mak, mesti dia terkejut punyalah..hahha. serius.. sekarang tak ada tanda2 jemu lagi untuk menjamah nasi kerabu.. makin berselera adalah..menu utk hari ini juga sudah semestinya nasi kerabu.. tambah2 bila ada budu yg dibeli dari seorang teman..makin terbuka la selera nk mkn..oooh.. i love budu!!! sedapnye..yummy (*_*).. hahah


bulan ramadhan ni jugak la tak pernah miss bangun sahur.. tambah2 wani mintak mak kejutkan bangun sahur.. bila dia call aje, terus bangun..maklumlah dia tau anak dia yang sorang ni memang tersangat liat utk bangun pagi.. hahah.. walaupun ada jam loceng kat sebelah, tak bangun.. tapi bila mak cakap.. "angah, cepat bangun sahur.. dah pukul 5..(waktu yg sesuai utk bgun sahur)".. maka aku dengan suara yg sgt merdu pun menjawab.. "ye mak.. angah dah bangun".. lantas mak menjawab dengan penuh bermakna.."betul ke dah bangun ni? ke buat2 bangun?".. "betul mak..dah bangun.ok.. nak gi sahur dulu".. itulah yang terjadi setiap pagi.. setia betul mak mengejutkan aku dari tido ni.. mak tak yah citer la.. pukul 4 lagi dah bangun.. nk masak nasi katanya.. nak sediakan sahur..ingat lagi..kenangan dulu2..kalu mak tak bangun, alamtnye memang satu umah tak bangun.. sebab ape? takde orang kejut..abah pun kadang2 terlajak tido gak..hahaha. begitu besar jasa ibu dalam hidup kita.. jadi kenapa kita nk melupakan ibu bila kita dah berjaya?? aku berdoa supaya aku tidak tergolong dlm golongn yang sedemikian.. mudah2an, berkat ramadhan aku terhindar dari semua itu..hehe


tak sabar nak balik umah bersahur sama2 dengan kuarga..tapi, sudah terang lagi bersuluh..memang lambat lagi nk balik.. 17 september baru balik kg ye.. lagi 2 or 3 hari nak raya.. heeh.. at least, dapat gak bersahur & berbuka dengan mereka.. itupun, kalu dapat pose lg time tu..hahah.. ada satu impian yang tersemat di dada utk ramadhan kali ini.. wani nak jadi lebih baik dari sebelum ni.. moga2 dapt la..amin..hehe..



Friday, August 21, 2009

kalaulah....

Hari ini first day puasa.. suasana ari ni tenang je.. tmbahan skrang ni ada kat puncak alam.. nama dia memang puncak dah.. pastu hotel pun kat ats bukit jugak.. jadi mmg rasa cm ada kt puncak la..hehe. orang kata, bila kat tempat tinggi, udara dan prsekitaran sejuk.. ok.. berbalik pd keadaan di puncak.. pagi ini, suasana tenang dan nyaman.. udara pun tak panas sgt.. pastu bila tengah hari, hujan pula turun dengan lebatnya..memang menambahkan lagi suasana nyaman tu.. dan waktu cam ni memang sgt best utk tido.. hehe..mungkin sebab ini ramadhan pertama utk tahun ini..

dlam dok layan perasaan sorang2 dlm bilik smbil layan lagu nasyid dr inteam.. teringat la semua kenangn waktu kecik2 dulu.. alangkah indahnya saat itu. tak payah nk fikir ape2.. yang ingat cuma main..main.. main.. tak abes2 ngan main..hahah.. dulu2.. bila time kecik2, tak sabar nak jadi orang dewasa... boleh buat mcm2..nk beli itulah..nak beli inilah..hehe.. pendek kata, masa tu terbayang akan keindahan di alam dewasa...hhaha.. tapi, bila umur dah masuk 20-an ni..rasa nak balik zaman kecik2 dulu.. sweet sgt time tu.. sebenarnya bila dah besar, makin byk pulak cbran yang datang..

dah mula terfikir2..skrang ni single lagi.. jadi tanggungjawab pd diri sendiri.. pd mak ayah.. lepas tu.. dah kapel.. jadi makwe orang.. jadi tunang orang plak..jadi isteri orang.. jadi mak orang.. n kalu panjang umur..jadi nenek orang plak.. tanggungjwb tu berubah2 dari masa ke semasa.. tp persoalannya.. boleh ke diri ini memegang tnggungjwb sebesar itu? boleh ke nak harungi time tu? cabaran tu?? hurm... sebenarnya diri ini tak bersedia nak melangkah sepenuhnye ke alam dewasa.. susahnya.. orang kata, alam dewasa tu.. nampak je indah.. tp realitinya tak mcm tu..huhuhu.. ada betul jgk tuh.

skrang ni pun dah mula rasa.. tapi, bgaimana nak handle semua tu..kena byk blajar.. byk tanya orng.. jgn pandai2 sendiri.. terutama..pendpat mak dan ayah.. pndpat mereka telus dan benar.. walaupun kdg2 kita rasa pndpat dorang cm tak relevan ngan masa kini.. tapi sebenarnya kita silap..kita yang gagal utk menilai pndapt dorang.. (brcakap bg phak diri sendiri.. kalau ada yg terasa.. mintak maaf ye)...

time cam ni jugak.. rasa rindu sgt kat mak dan ayah.. ape la mereka buat time mcm ni.. bestnya dpt puasa kt umah.. tp lambat lagi bleh blik kg.. time nak raya.. oooohh.. dendang perantau... ceh..mcm dlm lagu allahyarham tan sri p.ramlee plak..hhee. tp serius.. rasa syahdu bila blik time nk raya.. rasa mcm kita ni ank perantau betul.. wlpun dlm malaysia jgk..hahaha... tak sbar nak balik jumpa mak dan ayah.. opss.. lupa.. adik eden jua..hahaha

Wednesday, August 19, 2009

If i knew...

If I knew it would be the last time
That I see you fall asleep
I would tuck you in more tightly
And pray the Lord your soul to keep

If I knew it would be the last time
I’d hear you voice lifted up in praise
I would video tape each other
So I could play them back day after day

If I knew it would be the last time
I could spare an extra minute
To stop and say “I love you”
Instead by assumning you would know I do

If I knew it would be the last time
I would be there to share your day
Well I’m sure you’ll have so many more
So I can let just this one slip away

For surely there’s always tomorrow
To make up for an oversight
And we always get a second chance
To make everything just right

There will always be another day
To say “I love you” and certainly there’s
Another chance to say our “anything I can do?”
But just in case I might be wrong

And today is all I get
I’d like to say how much “I love you”
And I hope we never forget

Tomorrow is not promised to anyone
Young or old alike
And today maybe the last chance
You get to hold your loved one tight

So if you’re waiting for tomorrow
Why not do it today
For it tomorrow never comes
You’ll surely regret the day

That you didn’t take the extra time
For a smile, a hug or a kiss
And you were too busy for grant someone
What turned out to be their one last wish

So hold your loved ones close today
And whisper in their ear
Tell them how much you love them dear

Take time to say “I’m sorry”
“Please forgive me”, “thank you” or its “okay
And if tomorrow never come
You have to regrets about today

p/s: ini adalah petikan sajak.. yang dipetik dari sumber terbuka sprti internet..
banyak makna tersurat dn tersirat...
don't be late to take an action

susah hati..

Hurm.. sebenarnya susah jugak ye utk menjadi seorang yang kreatif.. maklum saja diri ini bukannya kreatif sangat. kalu nak dikira, memang tak ada pun bakat untuk jadi sorang yang kreatif..hahha.. tambah merumitkan keadaan bila kita harus buat ssuatu yang mmerlukan kreativiti yang tinggi.. macam nak design sesuatu benda.. sudah lumrah manusia, ingin melihat sesuatu yang cantik.. tak terkecuali diri saya sendiri..biar benda tu simple but nice...

adus.. dah banyak kali perah otak.. korek sana..korek sini.. tapi idea tak datang2 jgak. macam mana nak siap keje kalau benda simple pun tak leh nak design? saya suka tengok benda cantik.. tapi nak create benda jadi cantik.. tak berapa pandai.. bukan tangan seni kata orang..takde bakat..hahah.. tapi, tanggung jawab tetap jadi keutamaan biarpun rasanya tak dapat nak buat semua benda tu dgn sempurna.. kadang2 malu juga pada diri sendiri, pd teman2... sampai bila nak harapkan idea orang lain.. rasa nk sumbangkan idea. tp tak dapt.. rasa rendah diri pun ada. kalaulah saya ini seorang yang kreatif..akan saya curahkan segala luahan rasa dan pndangan sya dalm bentuk yang kreatif.. akan saya luahkan rasa kasih dan sayang pada orang2 tersebut dengan cara yang kreatif.. biar mereka tahu yang saya ini menghargai mereka.. tapi semua itu angan-angan yang entah jadi nyata atau tidak..huhuhu..

dah banyak kali mencuba..kadang2 mengundang rasa putus asa..saya akui itu kelemahan diri sendiri. tapi, tak boleh jugak nak persoalkan kenapa itu, kenapa ini.. sebab ini mungkin telah ditakdirkan.. terima saja hakikat yang diri ini tak kreatif dengan redha.. senang cerita..


Sunday, August 16, 2009

journal..

banyaknye journal nak dibaca...
argh3x.. itulah komen2 yang slalu wani dgar dari kawan2..
termasuk lah diri wani sendiri..heheh.
memang tak dinafikan..
pening nak baca journal..
tambah lagi.
bila dah terslh print..
dah terbalik2..
pusing sana.
pusing sini..
nk baca pun pening...haahh
mencabar kesabaran sket..
tapi, nak buat mcm mana...
nak ke tak nak.. still kena baca..
arghx!!!!! heheh..
bawak bersabor byk sket..hehe
tp tak leh gak..
huhuhu..
dengar lagu nur kasih dulu..
sejuk hati sket..hhhaha
tak pun bom bom pow..
black eye peas..
biar menari2 sket bdan..
kasi senaman..
hilang pening baca journal..hehhe

Ramadhan..

salam ramadhan...

wow, tak lama je lagi kita semua akan menyambut bulan ramadhan.. bulan yang penuh keberkatan.. tak sabar rasanya nak berbuka puasa bersama keluarga dan teman-teman seperjuangan..hehhe.. mungkin kali ini ialah ramadhan terakhir wani sebgai seorang pelajr dan mnyambutnya bersama teman2 sprjuangan... lepas tu, wani akan merindui rmadhan... bestnya.. syoknye.. semua la ada.. byk sangat kenangn di bulan ramadhan.. kwn2, mari kita sama2 banyakkan lagi amal kita di bulan ramadhan.. tambhkan lagi, backup semua amalan yang kita pernah tertinggal sebelum ini.. baiki lagi diri kita.. sematkan dan tanamkan agar buln ramadhan kali ini berbeza dari ramadhan kita seblum ini.. pada teman2, mari kita abadikan kengan ramadhan ini sebagi yang terindah dlm persahabatan kita.. semoga umur kita lebih panjang untuk menyambut ramadhan pada tahun2 yang akan datang..

pada teman2 yang berada di perantauan dan jauh dimata.. berdoalah agar kita berpeluang utk menyambut ramadhan bersama2 walaupun cuma utk satu hari... kenikmatan dan kemanisan berbuka puasa tak dapt nak diungkapkan dengan kata2.. wani hargai setiap ramadhan kita bersama2 masa dulu.. mungkin kita x dapt mengulangi masa yang sudah berlalu.. namun, kita masih boleh mengulangi kenangan yg dulu..

semoga kita lebih kuat dan cekal menghadapi segala ujian di bulan ramadhan kali ini.. buat teman2 yang berada di puncak alam.. kuatkan diri kita semua.. tangga adalah ujian yang paling sukar buat kita rasanya..heheh.. namun, pada yang bermotor rasanya tak de masalah.. rasanya wani nak ajak kaka wani dan pia jalan kaki naik tangga buln ramadhan nih..hehe.. slh satu cara senaman yang sehat utk kita smua.. pada achik, umi n zue zul.. kuatkn smgat ye.. mungkin kaki kita akan jadi lebih kuat bila mendaki tangga nanti..heheh..

Friday, August 14, 2009

novel..

malam sudah pun semakin larut.. wani sedang berusaha untuk menyiapkan novel (walaupun tidaklah tebal sampai beratus-ratus muka surat) dan menambah apa yang patut pada kandungan novel ini supaya nampak lebih menarik..hehe.. opss.. sebelum terlupa.. kenapa wani buat novel? ini adalah salah satu kerja berkumpulan yang harus disiapkan untk subjek CTU543..

Tak terlintas langsung di fkiran yang kami harus menyiapkan novel untuk melengkapi keperluan subjek ini. agak terkejut pada mulanya kerana tidak menyangka ini yang harus dilakukan.. namun, kami mencuba sedaya upaya untuk menjdikan novel ini menarik dan mencapai maksudnya.. hahahaha.. (*_*)

dalam proses nak menghasilkan novel ini, baru la dapat tahu yang sebenarnya agak susah juga untuk menulis.. bukan sebarang kata-kata yang boleh kita gunakan.. seperti kata PM Azam, biarlah novel yang kita hasilkan dapat mendidik pembaca ke arah kebaikan.. satu benda yang dapat wani pelajari dari menulis novel.. bila time ada idea, ia akan mencurah-curah tanpa dpt ditahan-tahan.. tapi, bila sudah kekeringan, sekuat mana pun kita memerahnya.. idea takkan datang juga..lucu bukan?? hahahha. kalau tak percaya, cuba lah.. mane tahu hasil yang kita dapat adalah sama...hehhehe..

sebenarnya menulis ini pun agak mencabar kesabaran juga ya.. hahah..tapi tak apa... kita cuba perlahan-lahan.. insyaALLAH berjaya.... i'll try my best nak siapkan novel ini.. tak sbar rasanya nak baca karya teman-teman yang lain. agaknya mereka punya lagi dramatik kot..hhehehe..

Thursday, August 13, 2009

keinsafan dari sebuah buku..

alhamdulillah.. berjaya juga wani menghabiskan pembacaan buku "Maaf dari Sorga".. sebuah novel karya Faisal Tehrani. ringkas, menarik dan padat dengan isi-isi yang mengajak kita untuk merenung dan menilai diri sendiri untuk seketika.. itu komen ikhlas dan jujur dari wani.. ternyata buah tangan sulung dari penulis juga amat berkesan dan bagus sehebat karya-karyanya yang telah tersiar sebelum ini... first expectation, best ke buku ni? boleh tahan bila tengok tajuk.. then, try baca.. betul kata PM Azam, ada sesuatu yang menarik tentang buku ini.. kalau tak percaya, cubalah baca.. tentu ada pengajaran yang dapat kita ambil dari buku ini..wani tak mahu mengulas terlalu panjang kerana mungkin pandangan kita mungkin berbeza.. maybe sebab wani tidak meletakkan high expectation sangat, jadi mungkin wani rasa buku ini berkesan untuk wani.. [*_*]

Friday, August 7, 2009

bingung..

jiwa tak tenang..
wani perlukan...
dahan untuk berpaut..
tali untuk berpegang..
tangan untuk dicapai..

Ya ALLAH...
bebaskan aku dari belenggu ini..
jangan biarkan aku jauh dari MU...
tetapkan hatiku...
tetapkan imanku..
tetapkan aku di jalan MU yang lurus..


kosong...

Malam sudah pun menginjak ke tengah malam
keje bertimbun-timbun..
banyak nak kena buat..
tapi, fikiran wani kosong sekosongnya..
entah apa nak jadi ni!!
wani, come on dear.. wake up!!
argh!! kenapa ni?
ada sape nak tolong??
bagi support sket..
takpun, motivate ke..

ape nak jd dah..
cuba tenangkan diri
rasa sesak dalam dunia yang luas..

Wednesday, August 5, 2009

Tentang wanita...

Hati saya tiba-tiba tertarik dengan satu artikel yang telah disiarkan di dalam majalah Remaja keluaran 1 Ogos 2009. kenapa? sebab ada sesuatu yang menarik tentang wanita yang boleh kita renungkan akan kebenaran kata-kata ini.. (^_^)...

  1. Wanita sukar untuk mencari perkara yang dibencinya terhadap seseorang yang sangat disayanginya. (sebab itulah ramai wanita yang patah hati bila hubungannya terputus di tengah jalan).
  2. sekiranya seseorang wanita jatuh cinta dengan seseorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  3. wanita memang sukakan pujian tetapi selalunya mereka tidak tahu bagaimana untuk menghargai sesuatu pujian. [entah betul ke tidak, tak tau lah. tepuk dada tanya diri..]
  4. bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  5. wantia suka meluahkan apa yang mereka rasa. muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  6. jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna. [sangat sensitif...rasanya lelaki pun sama juga kot.]
  7. jika seseorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajaknya keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat denganmu.
  8. jika kamu menyukai sesorang wanita, cubalah memulakan dengan persahabatan. kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam kerana dari situlah bermulanya satu kepercayaan.
  9. sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. jadi jangan senyum sebarangan..
  10. bila lelaki yang disukainya atau dicintainya merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cari seperti coklat.. [tak tau betul ke tak..hahhaha]
Mungkin ada kebenaran disebalik kata-kata ini...

Monday, August 3, 2009

Bergembira di Pangkor..

Last weekend memang best.. syok abes.. tau kenapa?? sebab wani pergi bercuti ke pangkor dengan kawan2 and en.abu's gang.. heheh.. walaupun cam tak kenal sangat dengan mereka semua, tapi fun.. kawan2 en.abu (boyfriend zue) pun sporting and otak gila2 gak.. sama macam kami..hahah. tapi, memang burn satu muka.. yelah, muka wani memang cepat burn.. tapi yang sedihnya.. lambat pulak nak hilang.. arghxx.. agak tak suka ye..hahha.. tapi, biasalah tu..ini sebahagian dari aktiviti yang kami buat sepanjang di pulau pangkor..

first day

kami bertolak lebih kurang jam 10 lebih dari wangsa maju, KL.. sampai di pulau pangkor pun sudah agak lewat.. mungkin dalam jam 3 barangkali.. wani pun tak ingat sangat..hehhe.. tapi, perjalanan yang sangat memenatkan.. (^_^).. kami konvoi beramai2.. wah, memang syok.. nampak semangat kerjasama disitu.. andainya ada masalah, kami akan sama2 atasi.. barulah memulakan perjalanan semula.. sampai kat pangkor, check in bilik.. suasana tenang, nyaman dan segala-galanya.. seronok.. tapi, pantai dia tak seperti pulau di kawasan pantai timur.. ombak kuat..hehe. tapi, bila dah pergi bercuti, apa lagi.. gunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin. lepaskan segala tekanan yang ada disana..haha. tapi, agak kurang seronok jugak.. yong tak dapt ikut sama coz dia ada sedikit masalah kesihatan.. tapi, takpelah.. untuk kesihatan dia jugak.. takpe yong, nanti kita pergi bercuti sama2 lagi ye.. ooh.. makanan kat sana memang mewah.. ada lauk sotong, ketam masak cili api, ayam, udang, ikan pari bakar dan banyak lagi lah... dan wani makan sampai tak ingat dunia.. confirm berat naik..hahah. kena buat senaman naik tangga banyak sikit lepas nih..hahhah. sebelah malamnye kami buat aktivit di pantai.. sejuk..heheh

second day

aktiviti hari ini bermula dengan snorkling. tapi sayang.. wani tak dapt nak buat snorkling.. bukan ape, fobia dengan air..hehe.. walaupun life jacket ada, tapi macam tak confident je..hahha..sempat juga la menyelam dua kali tapi sekejap je.. panic!!!... haahha.. lagipun, tak ada guide yang boleh bawak wani snorkling (macam kat pulau kapas dulu).. kita buat sendiri je.. last2 wani terapung, main2 air dan try belajar berenang.. hahha. balik dari snorkling, berehat kejap (tido)... kumpul tenaga... get ready untuk aktiviti berbasikal.. hahah.. syok.. tapi, yang tak leh nak tahan skali.. kami naik bukit yang seperti tiada penghujung.. masing2 try kuatkan semangat dan cekalkan hati..hahha.. tapi, last2 kena turun balik sebab uncle yang naik motorsikal cakap, "patah balik2x.. bukit lagi tinggi depan tu"..hahha.. tapi, memang betul.. bukit dia sangat tinggi.. tak sanggup nak daki ngan basikal..hahah.. malamnya kami ronda2 sekitar gerai di pulau pangkor.. tengok2 kot ada cenderamata yang menarik untuk dibawa pulang.. dan yang paling bestnya.. malam tu dapat makan kerang bakar...hahhah..

third day

aktivit pagi ini bermula dengan banana boat..heheh.. wani dan umi sangat takut.. tapi syahren, azmi dan iqbal relax je.. takpelah.. dorang budak lelaki.. mane takut.. siap main jerit2 lagi (jerit mengada).. tapi wani ngan umi, jerit takut + teruja..hahha. kena lambung dengan ombak..haah. dah mula kecut perut.. tapi, yang pastinya best..first time punya experience.. lepas main banana boat, kami dah mula kemas2 nak balik KL semula.. ala, syahdunya nak tinggalkan pangkor.. ;( tapi yang pastinya, ada jugak kenangan kami semua kat pulau pangkor..hehheh.. thanks to inaz, pae, azmi, iqbal, syahren, zue, syahlan, nisha,k.ijam, led, sue, umi and fia...

kat bawah ni sebahagian dari gambar2 kami semua kat pulau pangkor.. take a look... (*_*)

Banana Boat kami.. tengah bersedia tuh..haha


Tengah tahan debaran di dada.. haahha


Atas feri.. happy semua orang


Macam kanak2 ribena... hahaha


Tengah termenung.. fikirkan masa depan.. apa aku nak jadi lepas ni??


Bergaya atas feri..haha


RnR Ulu Bernam


Nak balik dah...


Dekat jeti Lumut


Aktiviti berbasikal.. umi takde dalam gambar.. dia jadi camerawoman..hahha

Sunday, July 26, 2009

futsal lagi..

hurm... 1 malaya dah tau uitm bagi cuti awal kat student dia sebab nk hindarkan wabak influenza A H1N1 merebak.. perasaan waktu tau berita tu, bercampur baur.. macm2 fikir tapi yang pastinya kalut gila.. sakit otak rasa.. panik, kalut, happy semua ada..huhu.. gembira dapat cuti dan dalam masa yang sama pening nak balik kg ke tak.. tiket ada ke tak?? sempat ke tak nak cari?? at lastnye buat decision tak balik kg.. sebab balik pun sekejap je.. lagipun, weekend ni ada trip gi pangkor.. redha je lah tak balik kg bila mikirkan tentang bajet yang tak berapa mencukupi.. pastu lepak umah uda kat shah alam..heheh. tersengih sorang2 kat umah uda...

balik semula pada citer futsal.. sepatutnya 25 Julai ada match futsal kat pusat sukan.. tapi, oleh kerana H1N1, semua aktiviti pelajar pun turut dibatalkan dan ditunda.. mengikut manager kami, miss ekin tarikh baru untuk futsal pulak jatuh pada 2 Ogos.. tapi, yang sedihnya wani tak dapt nak main untuk team OM.. sebab tarikh itu, wani ada kat pulau pangkor.. agak frustrated because kita dah excited sangat nak main.. huhuhu.. rasa agak terkilan pun ada sebab kita dah turun berlatih hari2 tapi tak dapt jugak nak sumbangkan sedikit tenaga.. sorry ekin, bukan tak nak tolong team kita, tapi sebab trip ke pangkor sudah pun dirancang awal lagi..

hurm.. waktu first dapat tau berita ini agak terkejut jugak.. tapi, nak buat cam ner.. redha je lah.. kita hanya mampu merancang, tapi DIA yang menentukan segalanya.. DIA yang maha mengetahui segala rahsia.... (^_^)

Thursday, July 23, 2009

rindu..

erm... rinduku terhenti?? kenapa ye?? hahha.. actually, takde ape pun.. sajer nak share dengan kamu semua tentang lagu ini.. lagu yang menjadi kegemaranku.. senang je lagu ni. senang nak feeling..hahah. pada siapa yang pernah kecewa dalam bercinta, dengarlah lagu ini. lagu ini bukan bermaksud untuk kita bersedih dengan kekecewaan yang kita hadapi.. tapi, sebenarnya lagu ni memberi kita 1 semangat baru.. bangkit dari kegagalan dan kekecewaan.. paling penting, jangan berhenti mencuba dan sentiasa berfikiran positif... bila berlakunya perpisahan, mungkin ada sedikit perubahan yang perlu kita baiki.. untuk diri kita dan juga orang lain..

wani pernah terima satu sms dari zue.. sms tu, berbunyi begini..menarik untuk kita renungkan dan tengok apa maksud yang ingin disampaikan.."apabila cintamu tidak berhasil,bebaskanlah dirimu.. biarkanlah hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi. ingatlah, kamu mungkin menemukan cinta & kehilangannya.. tetapi saat cinta itu dimatikan, kamu tidak perlu mati bersamanya.."

menarik bukan?? tapi, betul jugak ayat tersebut.. kadang2 kita terlalu mengikut emosi.. tapi, kita kadang2 terlupa tentang orang lain.. bila kita kecewa, sedih dan sakit.. kita terlupa yang ada insan yang lebih terluka, sedih dan kesakitan dari kita.. just renungan untk kita bersama.. wani tak nafikan sakit dan agak susah untuk kita lupakan semuanya dengan hanya sekelip mata.. tapi, kita harus bangun dan bangkit dari kegagalan. wani pun pernah mengalami keadaan tersebut dulu.. sakit.. tapi, kena kuatkan semangat.. kita pandang ia dari sudut +ve..disaat seperti inilah kita perlukan kawan.. wani bertuah kerana kawan2 wani sangat2 supportive.. thank u very much my freinds.. i'm really appreciate it.. ada satu lagi yang boleh kita renungkan... "Whenever you are down, always remember!! you are braver than u believe.. stronger than u seem and smarter than u think.. don't blame yourselves for every mistakes"

mungkin kita harus belajar sesuatu dari kegagalan tersebut.. sama macm wani.. belajr menilai diri sendiri.. apa yang kita kurang.. cuba baiki untuk kebaikan masa depan..

Rinduku terhenti...

Lirik Rindu Terhenti - Tomok

TELAH KU TINGGALKAN
MEMORI SILAMKU ITU
TIDAK KU BIARKAN
HIDUPKU DIBELIT PILU
WALAU DUKA MENAMPAR DADA
WALAU SEPI MENCALAR HATI
RINDUKU TERHENTI

KU PINGGIRKAN SAYU
YANG MERUNDUNG KALBUKU
KASIH DULU KU BIAR BERLALU
KU PINGGIRKAN LARA
YANG BERPAUT DI JIWA
KU TERUSKAN HIDUP TANPA DIA

PADAM NYALA PATAH TUMBUH,
HILANG KAN BERGANTI
CINTA TIBA CINTA PERGI,
YANG AZALI KU NANTI

TELAH KU TINGGALKAN
MEMORI SILAMKU ITU
TIDAK KU BIARKAN
HIDUPKU DIBELIT PILU
WALAU DUKA MENAMPAR DADA
WALAU SEPI MENCALAR HATI
RINDUKU TERHENTI

KU PINGGIRKAN SAYU
YANG MERUNDUNG KALBUKU
KASIH DULU KU BIAR BERLALU
KU PINGGIRKAN LARA
YANG BERPAUT DI JIWA
KU TERUSKAN HIDUP TANPA DIA

PADAM NYALA PATAH TUMBUH,
HILANG KAN BERGANTI
CINTA TIBA CINTA PERGI,
YANG AZALI KU NANTI

KU LUPAKAN MU JUA DISINI
RINDUKU TERHENTI
SEJAK KAU PERGI MENJAUHI
RINDUKU TERHENTI

KU PINGGIRKAN SAYU
YANG MERUNDUNG KALBUKU
KASIH DULU KU BIAR BERLALU
KU PINGGIRKAN LARA
YANG BERPAUT DI JIWA
KU TERUSKAN HIDUP TANPA DIA

PADAM NYALA PATAH TUMBUH,
HILANG KAN BERGANTI
CINTA TIBA CINTA PERGI,
YANG AZALI KU NANTI