Wednesday, August 5, 2009

Tentang wanita...

Hati saya tiba-tiba tertarik dengan satu artikel yang telah disiarkan di dalam majalah Remaja keluaran 1 Ogos 2009. kenapa? sebab ada sesuatu yang menarik tentang wanita yang boleh kita renungkan akan kebenaran kata-kata ini.. (^_^)...

  1. Wanita sukar untuk mencari perkara yang dibencinya terhadap seseorang yang sangat disayanginya. (sebab itulah ramai wanita yang patah hati bila hubungannya terputus di tengah jalan).
  2. sekiranya seseorang wanita jatuh cinta dengan seseorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  3. wanita memang sukakan pujian tetapi selalunya mereka tidak tahu bagaimana untuk menghargai sesuatu pujian. [entah betul ke tidak, tak tau lah. tepuk dada tanya diri..]
  4. bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  5. wantia suka meluahkan apa yang mereka rasa. muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  6. jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna. [sangat sensitif...rasanya lelaki pun sama juga kot.]
  7. jika seseorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajaknya keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat denganmu.
  8. jika kamu menyukai sesorang wanita, cubalah memulakan dengan persahabatan. kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam kerana dari situlah bermulanya satu kepercayaan.
  9. sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. jadi jangan senyum sebarangan..
  10. bila lelaki yang disukainya atau dicintainya merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cari seperti coklat.. [tak tau betul ke tak..hahhaha]
Mungkin ada kebenaran disebalik kata-kata ini...

No comments: