Sunday, November 15, 2009

Menghoyan dan mabuk2 ayam..

Entri kali ni dah lama tulis. Waktu tengah amik final exam hari tu.. tapi tak lama pun. Minggu lepas je. Tapi tak sempat nk post, internet connection tak stabil + keadaan tak mengizinkan nak post time tu..hehe


Pelik tengok tajuk kat atas kan? Hahaha.. inilah ragam budak2 yang nak amik exam tapi tertekan sebab:


  • exam yg lepas tak dpt jawab
  • tensen study tak masuk
  • pening nak baca yang mana, bnyk sgt lagi tak baca dan takut tak sempat abes
  • sajer suka2 nak kacau kawan2 yang tengah study..


itu antara beberapa ragam budak2 kat hostel terutama skali kat apartment ni.. termasuklah org yang post entri ni..hahaha. selalunya perkara macam ni berlaku bila datang nye musim final exam. Masa inilah semua kenakalan keluar tapi tak leh la nak keluarkan semua.. kalau nak kacau pun, kena pilih member yang satu kepala.. kalu tak nanti, sia2 je kena marah sebab kacau orang tengh study..ehhehe..


tapi, memang tak dinafikan perkara2 macam ni nanti akan dirindui bila dah habis belajar.. yelah, zaman belajar la paling indah tak kiralah di manapun tahap kita belajar.. sekolah rendah, sekolah menengah, universiti..semuanya ada ragamnya yang tersendiri.. semuanya ada kenangan yang tersendiri… heheh.. lucu bila ingat balik semua kenangan waktu zaman kanak2 kat sekolah.. nakalnye mengalahkan budak2 lelaki..cikgu pun pening…


pernah seorang senior berkata pada wani.. “Dik, awak kena hargai waktu awak belajar ni. Rebutlah peluang yang ada waktu awak bersama2 dengan teman awak. Nanti bila dah habis belajar, susah utk berkumpul semula.. masing2 dah ada komitmen.. duduk jauh pulak tu. Jangan jadi macam saya.. rindunye saya waktu dulu..” kenapa dia cakap macam ni? Sebabnya wani bercerita pada dia keseronokan kami keluar jalan2 dan tengok movie papadom lakonan afdlin shauki..


memang tak dinafikan. Zaman belajar ni indah. Sekarang ni dah mula rasa rindu pulak nak tinggalkan zaman belajar ni. Rasa sayu pulak nk berpisah dengan kawan2..yelah, byk benda kami dah harungi bersama.. dari zaman diploma sampailah ke ijazah. Semuanya ada cerita yang tersendiri.. wani akan pastikan saat2 terakhir kami akan berlalu dengan manis dan menjadi sebuah kisah klasik utk masa depan..hehehe.. tapi persoalannya.. boleh ke?? insyaALLAH…

sebenarnya setiap orang ada watak yg tersendiri waktu final exam ni.. antara watak2 yang bertuah ialah..


wani perak sebagai Pengetua..

piah sebagai Dutchlady

zue sebagai cikgu disiplin

achik sebagai cikgu besar

ummi sebagai pencuri hati

aku sebagai ??????? (takde watak) ahhaha


kenapa wani perak dipanggil pengetua? Sebabnye cikgu disiplin akan report segala perbuatan aku yang menjurus kepada “main-main @ tak study @ tido” kepada pengetua.. cikgu disipin akan memastikan semua keadaan terkawal..eheheh.


piah pulak sebab dia suka pakai “kain key (kain yang dilipat menjadi segi tiga)” seperti model susu dutchlady.hehe.. achik pulak sebab suka sgt menjerit macam cikgu besar..hahah. umi pula telah mencuri hati seseorang.. betul ke? Tak pasti.. (jgn marah umi ye.. main2 je ni..haha)


waktu final exam semester ni lain sket sebab dok kat hostel.. semua kelengkapan nk belajar sudah disediakan macam kerusi yang selesa, meja yang sesuai dan tak ketinggalan keadaan katil yang selesa.. kat tilam tu tertulis sweet dream.. dan tak dinafikan jugak memang best tido kat tilam tu.. siap mimpi best lagi..sangat3x selesa..haha. sebab tu bila time nak regangkan otot2 waktu study jangan duduk kat atas katil.. mau tertido terus dibuatnya..hehe. orang lain tak tau la.. tapi wani, memang konfirm. Pastu bangun pulak awal pagi dan terus pergi mandi. Mengigil badan menahan kediginan air dan keadaan.. pastu lepas mandi, sambung study lagi..sampai lah tibanya hari exam..itulah cerita final exam kat puncak alam ni.. memang la best..

2 comments:

fiNwan4eva said...

memang betol cakap wani... zaman study + kawan2 memang paling seronok sngt.. tapi bila masing dah kerja susah nak lepak sama2 lagi tambah2 kalau dah kawen.. contohnya macam kita dulu selama 3 bulan kita wat aktiviti,makan,lepak sama2 tapi sekarang masing2 sibuk dok mengejar cita2.. sorang ke timur dan sorang ke barat... windu wani ; (

Pearl Akasia said...

daiy..
wani pun sama. sgt setuju dengan daiy..
tunggu masa, kita pasti akan bersama semula..
rindu daiy sgt..
jangan lama2 kat negara orang tau..