Thursday, September 3, 2009

kad raya

semalam baru je siap basuh baju dan dalam keadaan basah tu.. tetiba dengar orang ketuk pintu umah.. hai, macam nak pecah pintu ketuknya.. sangat kuat ye..hahha. bila gi bukak, rupa-rupanya Farah yang ketuk. datang dengan pakai baju tido.. dah bersedia untuk tido agaknya.. maklumlah dah pukul 10 lebih masa tu.. agaknya nak tido awal kot.. biji mata rasa berpinar2 pada satu sampul putih yang dihulur oleh beliau..teka ape dia? jeng3x.. kad raya..hehe.. yeay!! sgt excited bila tengok benda tu.. itu kad raya pertama tahun ni.. walaupun benda tu mcam ala2 tradisional, tapi terharu bila dapat.. hepi semacam..hehe

agak2 tahun ni dapat ke tak kad raya.. yelah, sekarang ni mana ada orang nak hantar kad raya dah.. orang sekarng lebih suka pilih cara teknologi..jimat, mudah, senang dan cepat.. tak yah nak susahkan posmen gi cari alamat umah si penerima..hehe... tapi, bagi wani.. lebih suka cara tradisional.. lebih mengharukan..hehe. tahun lepas dapat 5 keping je.. agaknya lagi sket kot.. sebabnya ekonomi meleset..haha... kawan2 pun antar ucap selamat hari raya pakai sms je.. hahah..


kad raya digital by kartunis ubi..
nak tengok lebih lanjut? sila la jenguk ke laman web ini. confirm.. puas hati
http://kadraya.kartunisubi.com/index.php?ref=abooain

No comments: