Friday, June 19, 2009

Balik Kampung...yehaaa...



beberapa hari lagi wani akan balik ke kampung halaman.. oohh.. alangkah rindunya diri ini pada kampung.. tak sabar rasanya ingin bertemu sanak saudara di kampung..hahha....(gaya macam orang yang merantau sampai ke luar negeri, tapi pada hakikatnye.. shah alam je..)

balik kg...oohh.. balik kg.. hati girang... masih ingat lg dengan lagu ini? Heheh. Inilah lagu kesukaan wani setiap kali nak balik kg.. lagu allahyarham Sudirman Hj. Arshad.. walaupun lagu ini dah lama, tapi masih lagi melekat lagi dalam hati.. syahdunya bila kita hayati lirik dia betul2.. hati kita pun berbunga-bunga seperti alunan lagu ini..

kampung... satu tempat yang menyeronokkan dan menenangkan bagi wani..mungkin pada kebanyakan orang, kampung adalah tempat membosankan.. tak seperti bandar yang mempunyai lampu yang berkilauan dengan meriahnya.. maklumlah, ada lagi sesetengah kampung yang tidak seberapa maju berbanding tempat2 lain.. tapi, kampung saya tidak begitu..heheh.. segala kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan dengan begitu sempurna... terima kasih yang tak terhingga pada kerajaan kerana tidak meminggirkan penduduk luar bandar dalam setiap projek yang dijalankan..hehhee..

saya ingin menyeru pada teman-teman sekalian.. “moh la kita balik kg..tak kira di mana pun jua..hahha” saya bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di kg... sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk saya melarikan diri dari kesibukan bandar raya... menenangkan hati dan fikiran yang sesak untuk seketika..hahaha.. rindunya saya pada kesegaran udara di kg... keenakan buah-buahan tempatan yang boleh dipetik dari dusun buah-buahan datuk saya..begitu rindu untuk memanjat dan memetik buah rambutan..macam2 jenis buah rambutan yang ada dan yang pastinya saya kadang-kadang tidak tahu bagaimana untuk membezakan buah-buahan tersebut.. lucu bukan? Hahah.. dan yang pastinya, saya paling rindukan buah durian.. i love this fruits.. so delicious..hehe.. saya adalah di antara berjuta peminat buah durian.. hahha.. susah untuk saya terangkan apa keistimewaan buah durian namun bagi penggemar buah durian, tentu saja mereka tahu apa rahsianya...

wahai kampung, tunggulah kepulangan daku....yeeeeeahhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaa...

No comments: