Yeeha... akhirnya dapat jugak makan buah durian dari dusun atuk. Ingatkan dah tak dapat nak merasa buah durian yang selama ini ditunggu-tunggu. Heheh.. mungkin jugak rezeki wani, dapat makan sebab kata atuk durian mungkin akan gugur lambat sikit. Mungkin saya tak dapat nak merasanya pun.. tapi, Alhamdulillah... heheheheh...
Dengan penuh bangga wani memberitahu pada along, uda, uteh dan usu yang tahun ini saya yang akan “merasmikan” buah durian tersebut..hahha.. uda tak kisah sangat bila berbicara tentang durian kerana dia bukan lagi seorang pencinta durian.. hahahh.. along, uteh dan usu apa lagi.. menjerit geram la dorang bila dapat tau berita tersebut.. maka, masing-masing mula berkira-kira tarikh untuk balik ke kampung kerana musim buah memang di tunggu-tunggu oleh kami kerana pada masa itulah kami akan berkumpul di rumah atuk dan nenek..
hidangan yang wajib dinikmati dan tak mungkin dilepaskan ketika musim buah-buahan ialah pulut durian.. wow, memang sangat ditunggu-tunggu oleh saya.. Hehhehe. Lazat tak terkata..hehe. kenapa saya gembira sangat bila tiba musim buah? Jawapannya ialah.. saya suka dengan satu jenis buah durian ni. Nama dia durian aur.. durinya halus-halus dan panjang, rasanya manis dan mungkin bau dia agak kuat berbanding durian jenis yang lain.. durian ni agak sukar untuk diperolehi di tempat lain. Hanya kebun atuk je yang ada durian jenis ini.. hehehhehe.. tapi, durian jenis ini tak sesuai untuk kita makan bersama dengan pulut durian..
banyak sangat cerita pasal durian sehingga terlupa pada rambutan dan manggis yang ada.. mungkin kerana obses dengan durian kot..hhahaha.
No comments:
Post a Comment