Tuesday, July 14, 2009

Facebook...

Apa ada dengan facebook?? Ya sekarang ini facebook adalah di antara laman sosial yang ramai jumlah pengikutnya.. tak kira sama ada remaja, penuntut universiti, golongan bekerja or even golongan yang sudah berusia.. pada saya, facebook ini ada ciri-ciri istimewa yang tersendiri.. saya pun tak pasti orang akan bersetuju atau tidak dengan pendapat saya.. tapi, itulah pendapat peribadi yang pada jangkaan saya ada kena mengena dengan facebook..hehhehehe.. seorang teman pernah bertanya, apa istimewanya facebook ini? kenapa semua orang excited sangat bila dapat tengok facebook??? hehehehhe


Pada saya, facebook adalah segalanya.. tempat untuk kita berkomunikasi dengan kawan-kawan tak kiralah dimana sahaja mereka berada.. facebook dijadikan medium untuk bertukar-tukar cerita, bertanya khabar ataupun berkongsi apa sahaja dengan kawan-kawan.. saya tertarik pada satu artikel yang disiarkan oleh akhbar Kosmo (kalau tak silap saya) pada minggu lepas.. “ulama indonesia mengharamkan facebook” macam itulah bunyinye kot..heheh.. tapi, pada pandangan saya sendiri, setiap dari kita menggunakan facebook atas sebab-sebab tersendiri dan terpulang bagaimana kita menggunakannya untuk faedah diri kita sendiri dan orang lain. Pokok pangkalnya, semua terpulang pada niat kita.. kalau kita niat baik, maka baik lah ia... kalau sebaliknya, maka sebaliknya pulalah yang akan terjadi.. Cuma, saya berharap agar tiada orang akan tersalah menggunakan facebook untuk tujuan2 tertentu yang tidak berapa baik... kerana saya sayang akan facebook..

Sewaktu minggu pertama berada di Puncak Alam, terasa seperti agak sepi... bukan ape, melayari facebook sudah pun menjadi sebahagian dari aktiviti yang wajib dilakukan...hehehhe. tak kisah la apa orang nak cakap, tapi bagi saya facebook terlalu istimewa.. susah untuk saya menerangkannya disini, tapi bagi sesiapa yang tahu dan pernah merasainya... dia akan dapat menjawab segala persoalan tentang facebook..heheh.. hanya orang2 yang kenal facebook sahaja akan dapat menjelaskan apa keistimewaan facebook..hehehhe..saya tak nafikan laman sosial yang lain pun best jugak seperti freindster, tagged, my space and others.. tapi, tak taulah kenapa facebook mendapat tempat pertama di hati..hahhaha..


Jadi kawan2, pada sesiapa yang belum lagi ada account facebook.. cepat2 la buat ye.. heheh.. try la.. confirm best.. tapi, kalau ada sesiapa yang mempunyai pengalaman kurang best dengan facebook, tak dapat la wani nak tolong ye....hahhaha.

No comments: