Monday, July 13, 2009

PLKN... (Program Latihan Khidmat Negara)


Mendengar sahaja nama tersebut, hati dan fikiran saya terus mengimbau pada kenangan lama.. rindunya saat dulu...hehhehe.. pejam celik, pejam celik saya sudah pun 5 tahun meninggalkan alam PLKN... memang sesuatu yang indah untuk dikenang.. saya tidak pernah menyesal kerana terpilih untuk menyertai program ini.. malah, rasa amat bertuah kerana saya diantara ribuan orang yang terpilih untuk menyertai program tersebut di saat kawan-kawan yang lain menolak untuk menyertainya.. tanpa PLKN, saya pun tidak pasti apa yang akan jadi pada diri saya sekarang..hehhehe.. terima kasih pada kerajaan kerana telah memilih dan memberi peluang kepada saya untuk merasai pengalaman yang cukup indah dan berharga ini..


Tanpa PLKN ini juga saya tidak mungkin akan mengenali insan yang bernama Lim Su Ling, Peay Pei, Engku Fidaiy, Puteri, Nor Azilah, Ain dan ramai lagi..


Bulan Disember adalah bulan persahabatan kami kerana disitulah segala-galanya bermula.. huhuhu. Saya tidak pernah menyesali malah berbangga kerana di waktu usia belasan tahu saya di ajar erti ikhtiar hidup, cintakan negara, cintakan diri sendiri, cinta dan hormati orang lain termasuk kawan-kawan dan jurulatih.. terima kasih semua kerana kalian telah memberikan satu pengalaman yang cukup indah buat wani.. semoga kita semua akan terus menjadi kawan sehingga ke-akhirnya.. masih lagi ku ingat, saat-saat kenakalan kita.. semuanya tidak kita hiraukan bagaikan kem tersebut kita yang punya... tapi, dalam kenakalan itu, ada juga yang baiknya..hehheh.. walaupun jadual aktiviti kita padat, tapi kita masih lagi boleh tersenyum dan tertawa kegirangan... sebab masa itu, kita tak perlu memikirkan ape2.. just enjoy it..hahhaha


Terima kasih sekali lagi kawan2...

No comments: