Sunday, July 12, 2009

Balik kampung Part III

dalam kemeriahan menyambut dan menikmati musim buah-buahan, saya dikejutkan dengan berita pemergian nenek saudara yang sememangnya rapat dengan kami sekeluarga.. pada tahun ini juga, saya kehilangan bapa saudara.. bezanya nenek pergi bila saya balik cuti sebelum ke puncak alam, bapa saudara pergi bila saya balik bercuti selepas final exam sebulan yang lepas.. mungkin rezeki saya kerana dapat melawat nenek saudara kerana kami tinggal dalam kampung yang sama..

bersyukur saya pada ALLAH kerana DIA telah memberikan saya peluang untuk melawat mereka sebelum mereka pergi mengadap ILAHI.. namun, terselit jua sedikit kesedihan bila mengenangkan setiap memori yang telah di lalui bersama.. bukan bermaksud saya tidak redha, namun sebagai insan biasa saya juga tidak terlepas dari memikirkan perkara yang sedemikian... sedikit sebanyak rasa kehilangan terselit pada diri saya.. sedihnya apabila kita kehilangan orang yang tersayang. Di saat itu saya gagal untuk menyeka air mata yang bertakung dan membiarkan ia mengalir laju di pipi kerana saya mula memahami apakah erti kehilangan..

Saya terlibat secara langsung di dalam urusan memandikan jenazah nenek saudara.. ini merupakan pengalaman pertama dan ilmu yang baru pelajari dari orang-orang tua.. rupa-rupanya rumit juga untuk melaksanakan tugasan ini. saya hampir terkedu dan tidak percaya apabila saya merupakan salah seorang pemangku (kita akan meriba jenazah apabila hendak di mandikan) jenazah.. banyak ilmu yang saya dapat pelajari ketika itu..

Saya berharap agar kedua-dua arwah akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang bertakwa dan beriman.. saya bersyukur kerana saya berada di sisi arwah nenek saudara ketika saat-saat akhir hayatnya.. tiba-tiba terdetik di hati saya, apakah yang sedang di alami oleh arwah ketika saat-saat genting itu? Tapi, saya tengok arwah meninggalkan kami dengan begitu senang dan tenang sekali. Seperti tiada langsung “kesukaran” ketika saat-saat akhir arwah.. malah, arwah sempat tersenyum dan gembira apabila dia melihat ramai orang datang menziarahinya.. detik-detik akhir begitu memilukan dan tak dapat saya lupakan hingga kini..

Saya hanya mampu menghadiahkan al-Fatihah dan Yassin kepada kedua-dua arwah.. hidup kita tidak lama.. bila-bila sahaja kita akan “dipanggil” oleh pencipta kita.. hanya amalan semasa hayat kita akan dibawa bersama..

No comments: