Tuesday, July 21, 2009

futsal oh futsal...

Dah lama rasanya tinggalkan pearl akasia.. rindu pulak..hehhe.. sekarang ni tengah busy ngan training futsal.. angan-angannya main untuk fakulti.. untuk Sukan Antara Fakulti (SAF), kiranya sebagai wakil fakulti la nih..hahha. perasan pun ada.. tapi, main untuk suka-suka je.. tak harapkan sebarang pingat pun.. kalu menang, alhamdulillah.. kalu kalah, biasalah.. adat permainan..hehe.


Macam mana kami semua boleh terjebak dengan futsal?? Ini semua sebab ekin.. dia yang ajak kami main futsal. Tapi, thanks jugak untuk ekin.. kalau bukan kerana dia, tak dapat la kami semua merasa untuk main futsal.. aku, wani perak, zue, safia, umie, achik dan teman-teman lain turut serta main futsal.. semua turun padang dengan penuh bergaya bak seorang pemain yang terkenal dan berpengalaman..(sebenarnya tak tau apa-apa pun) hahhaha.

First time turun padang untuk main futsal, rasa macam jakun je.. yelah, mana pernah main futsal sebelum nih.. kiranya baru taraf beginner je lah. Heheh.. dapat bola je, terus sepak suka hati.. tapi, chances untuk dapat bola tu, mesti la sikit je.. lagipun tak larat nak kejar bola.. cepat pancit la.. maklumlah stamina pun kurang. Setakat senaman naik turun tangga tak dapat pun membantu meningkatkan stamina..hahha.. tapi, best dan enjoy.. yelah, main sambil gelak-gelak, bagi sorakan pada member sepasukan.. rasanya kalau masuk pertandingan, boleh menang sorak.. kalau lawan, kalah la kot..hahha..


Semalam main dengan bersungguh-sungguh.. yelah, baru berpeluang main futsal.. baru tau macam mana.. sebelum ni, dengar orang cakap je.. tak pernah ada chances untuk main.. main dengan penuh semangat sampai terjatuh dan terkoyak seluar..hahah.. lucu plak rasanya.. kat lutut ada la luka kecil dan lebam sikit... tapi, biasalah adat permainan.. kalau tak jatuh, bukan main namanya..hahah.. enjoy sangat.. pengalaman pertama.. bila orang tanya nanti, boleh la jawab sikit-sikit pasal futsal..hahah..


Waktu dapat bola tu, ada la rasa macam christiano ronaldo, david beckham, ronaldo dan ramai lagi lah.. sempat lagi berangan dan fikirkan apa gaya yang mereka buat waktu main bola.hahha. lucu pulak rasanya.. wani pun minat jugak tengok bola, tapi nak kata tau semua tentang bola tu, tipulah.. sikit-sikit je..hahha.. tapi yang paling tak boleh nak tahan semua sakit peha lepas main.. yelah, regangan badan pun buat sekejap je.. mana la tak sakit..haha..


Malam ini, ada lagi training futsal.. boleh ke tak tendang bola?? Cuba je lah..kalau dapat, tendang.. kalau tak dapt, tengok je..hahhaah..

No comments: