Ramai sungguh usahawan-usahawan yang lahir di Kampus Puncak Alam ni.. seperti kata satu peribahasa ni... bagai cendawan tumbuh selepas hujan..hehehhe.. masing-masing penuh dengan idea di kepala bagaimana untuk menjalankan bisnes dan memastikan ia akan terus maju dan berjalan dengan lancar... kagum sungguh saya dengan teman-teman seperti ini.. alhamdulillah... nampaknya kita berjaya melahirkan ramai usahawan baru walaupun hanya sekadar kecil-kecilan dan suka-suka... tahniah saya ucapkan pada mereka yang sanggup mengambil risiko untuk menjalankan bisnes.. tak kiralah dalam apa jua bisnes sekali pun.. meniaga makanan, jajan, top up, tudung, sewa kereta dan berbagai-bagai lagi lah...
Pada pendapat peribadi wani, untuk menjalankan bisnes haruslah mempunyai semangat juang dan kesabaran yang tinggi.. cuba bayangkan ye... sanggup ke kita datang bertandang dari bilik ke bilik semata-mata untuk mempromosikan produk sendiri.. cuba untuk memuaskan hati pelanggan dan dalam masa yang sama memuaskan hati diri sendiri.. hehehe.. saya bukanlah seorang yang otak bisnes dan rasanya, tak mungkin saya dapat menjalankan bisnes seperti yang biasa di lakukan oleh seorang usahawan.. hehheh... jadi, saya akan tabik spring pada kawan-kawan yang sanggup mengambil risiko untuk menjalankan bisnes..hehhe.. tahniah sekali lagi..
Jadi, pada kawan-kawan semua.. marilah kita memberi sokongan pada teman-teman yang sudah pun menjalankan bisnes mereka sendiri.. mungkin satu hari nanti, kita boleh mengutip dan mengambil sedikit ilmu dari mereka yang telah berpengalaman dan berjaya ini...
Selamat maju jaya...
No comments:
Post a Comment